Tuesday, 6 March 2018

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA:LARANGAN DALAM PENGUBATAN ISLAM

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA:
LARANGAN-LARANGAN DALAM PENGUBATAN ISLAM

Sumber rujukan    : www.muftimelaka.gov.my
Like page fb kami : 
Klik disini      -- >> Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp               : 011-10145363

                      Sekadar gambar hiasan

Perawat Pengubatan Islam adalah ditegah sama sekali daripada mengamalkan penggunaan bahan-bahan dan amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum-hukum Islam serta boleh membawa kepada syirik dan fitnah (termasuklah penggunaan terma-terma yang boleh mengelirukan masyarakat umum). Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang sebagai perawat :

(a) Sumber Ambilan dan Bacaan:

(i) Menyalahgunakan ayat Al-Quran dalam perawatan, seperti menambah, mengurang atau menterbalikkan susunan ayat AlQur’an; 
(ii) Menggunakan kitab Al-Quran dengan cara yang tidak wajar, seperti menggantung Al-Quran dan menunggunya berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu bagi sesuatu (istihza’);
(iii) Menggunakan lafaz-lafaz, perkataan atau tulisan yang kurang jelas ertinya, lucah atau tidak sahih sebutannya;
(iv) Menggunakan azimat, tangkal atau susuk, samada daripada ayat Al-Quran atau bahan lain; 
(v) Penggunaan wafak, kerana tanpa akidah yang sempurna, boleh menjerumuskan pengguna kepada syirik; atau
(vi) Mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, ilham, bisikan-bisikan dan kitab-kitab yang tidak sahih sumbernya.

    Contoh Wafak yang dilarang penggunaannya

(b) Perawat: 

(i)  Mendakwa dirinya kasyaf, dapat mengetahui dan melihat perkara-perkara ghaib; atau 
(ii) Pengijazahan hanya melalui cakera padat, buku, internet, atau apa sahaja cara tanpa berguru 

(c) Cara Merawat dan Kaedah Rawatan yang Digunakan: 

(i) Sebarang kaedah rawatan yang meragukan seperti melakukan rawatan di dalam bilik yang gelap
(ii) Menjalankan pembedahan batin yang dilakukan secara ghaib yang batil dan/atau dengan bantuan makhluk halus atau secara makrifat;
(iii) Menggunakan perantara seperti asap kemenyan, tembakau, colok dan sebagainya, serta mengamalkan perbuatan ‘menurun’ atau menyemah;
(iv) Mendakwa dapat menentukan jumlah jin atau makhluk halus yang mengganggu dan menangkap serta membuang atau memindahkan jin atau makhluk halus tersebut;
(v) Perbuatan atau kaedah yang mendatangkan keraguan atau bersifat menghina agama Islam;
(vi) Menggunakan ilmu hitam atau sihir sebagai media perawatan;
(vii) Meminta pertolongan makhluk halus dalam rawatan; atau
(viii) Perbuatan merawat premis dengan menggunakan perkara-perkara dan kaedah-kaedah yang dilarang Islam. 

(d) Bahan-bahan Rawatan:

(i) Penggunaan bahan-bahan yang najis seperti khinzir, anjing, darah, bangkai, arak dan sebagainya; (ii) Bahan yang dikaitkan dengan sihir seperti minyak dagu, minyak pengasih, minyak senyonyong, minyak cenuai, nasi tangas dan sebagainya; atau
(iii) Bahan yang dikaitkan dengan pemujaan seperti kain kapan, tanah kubur, senjata lama, tulang-belulang, rambut dan sebagainya.

Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan  disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

No comments:

Post a Comment

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...