Wednesday, 26 December 2018

ADA KE PETUA&PANTANG LARANG PETIK DAUN BIDARA?


Kami dapati terdapat pelbagai amalan khurafat yang sengaja diajar oleh sesetengah pihak di dalam masyarakat.Antaranya jika hendak ambil daun bidara untuk dijadikan mandian bagi rawatan masalah gangguan jin dan sihir,maka tidak boleh langkah atau pijak bayang-bayang sendiri semasa memetik daun tersebut.

Terdapat juga kepercayaan konon perlu meminta izin makhluk halus yang menjaga tempat tersebut.Jika tidak,makhluk halus tersebut akan ganggu si pemetik daun apabila kembali ke rumah.Tidak kurang juga kepercayaan khurafat iaitu perlu meminta izin malaikat dan nabi tertentu sebelum memetik daun bidara.

Kesemua ini bukanlah suatu bentuk amalan yang diajarkan didalam Islam.Sebaliknya amalan ini merupakan suatu kepercayaan khurafat yang sengaja diada-adakan mengikut kreativiti firasat pihak yang mencanangnya.

Umumnya tiada ketetapan khusus didalam Islam tatacara untuk memetik daun bidara.Anda bebas memetik daun biadara tanpa perlu terikat dengan sebarang bentuk pantang larang khurafat.Namun sekiranya anda khuatir akan bencana makhluk,samada serangan binatang buas,binatang berbisa,ataupun gangguan makhluk jin,maka berdoalah untuk perlindungan sebagaimana yang diajarkan oleh baginda s.a.w.

Sabda rasulullah s.a.w- "Barangsiapa yang singgah di suatu tempat kemudian mengucapkan :

َ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan)

Maka tidak ada sesuatupun yang membahayakannya hingga ia pergi dari tempat singgahnya tersebut."

[Hadith riwayat Tirmizi,No.Hadith:3437(Versi Maktabatu al-Ma'arif Riyadh,status hadith: Sahih]

Namun jika anda masih belum mampu untuk menghafal doa ini,memadai anda berdoa sahaja dalam bahasa Melayu.Contohnya,"ya Allah lindungi aku dari bencana sebarang bentuk makhluk."

Makluman: Jika ingin copy-paste disyaratkan dinyatakan sumber adalah dari page fb Rawatan Islam Pulau Pinang & www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.

👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...