Thursday, 8 March 2018

BOLEHKAH JIN DIKURUNG DIDALAM BOTOL?

BOLEHKAH JIN DITANGKAP DAN DIMASUKKAN DIDALAM BOTOL?



Dipetik dari buku berjudul : Menjawab Persoalan Makhluk Halus, Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan(m/s :42-45)
Tulisan : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

Soalan :

Seringkali kita mendengar tentang jin telah ditangkap, makhluk halus dipenjareakan, toyol telah dimasukkan ke dalam botol, dibuang ke laut dan pelbagai dakwaan lain seperti itu. Bolehkah kita mempercayai dakwaan tersebut? Adakah terdapat asas dalam syarak makhluk halus boleh ditambat, disumbat dalam botol datu dibuang ke dalam laut?

Jawapan :

Masyarakat melayu memiliki pelbagai kepercayaan tahayul. Berbagai dakwaan dikeluarkan dan kebanyakan dakwaan tersebut ada yang menyalahi syarak. Istilah yang disebutkan dalam al-Quran seperti syaitan, jin, Iblis, Ifrit dan beberapa istilah lain dalam hadith kesemuanya merujuk kepada makhluk halus.

Pernah berlaku pada zaman rasulullah pada zaman Rasulullah SAW ketika bagida mengimamkan solat di Masjid al-Haram, tiba-tiba para sahabat melihat Rasulullah SAW sedang mengelak daripada sesuatu dan seperti memegang atau menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak.

Selesai solat, para sahabat bertanya Rasulullah SAW tentang perlakuan baginda ketika dalam solat/ Rasulullah SAW menjelaskan kepada para sahabat, Ifrit telah datang kepada baginda dengan obor api untuk mengganggu solat baginda, lalu baginda mengelak daripada nyalaan obor api itu dari terkena muka dan telah menangkapnya ddengan tangan. Pada ketika itu baginda berazam untuk mengikat Ifrit ini pada salah satu tiang di masjid al-Haram supaya Iblis itu dilihat dan dimain-mainkan oleh anak-anak.

Tiba-tiba baginda teringat doa Nabi Sulaiman AS yang memohon kpada Allah SWT agar kekuatan yang ada padanya, boleh menawan, menangkap dan mengurung makhluk halus ini tidak diberikan kepada orang lain. Oleh kerana itu baginda melepaskan Ifrit itu setelah terasa lidahnya mula mengena pada lengan baginda.

Sabda Rasulullah SAW-"Syaitan telah datang mengganggu solatku, lalu aku pegang lehernya dan mencekeknya hingga dapat aku rasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku. Jika tidak kerana doa Nabi Sulaiman AS, nescaya akan aku ikat syaitan itu untuk tontotan kamu."

Kejadian yang berlaku membolehkan kita mengambil kesimpulan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah menangkap atau menambat Iblis, bahkan jauh sekali untuk memasukkannya ke dalam botol, dibuang ke mana-mana tempat.

Baginda cuma mengelak apabila diganggu. Baginda menangkap Ifrit disebabkan mengganggu baginda ketika solat. Walaupun Nabi Muhammad SAW teringin untuk menabat Ifrit, namu  apabila baginda teringart doa Nabi Sulaiman AS, baginda tidak melakukannya.

Maka pada pandangan saya(Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din), soalan saudara berkaitan menangkap atau membuang makhluk halus tiada asasnya dalam hukum syarak. Makhluk ini diperbuat daripada api(bukan fizikal).Kuasa api merupaka kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok.

Sekiranya kita mengurungnya dalam bekas seperti botol yang diperbuat daripada kaca yang telus cahaya, bermakna makhluk halus boleh masuk dan boleh keluar, bagaimana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan ke dalam sesuatu yang berbentuk fizikal?

Botol merupakan benda fizikal sedangkan makhluk halus bukan fizikal. Makhluk halus adalah api yang terjadi daripada unsur cahaya, kelajuannnya sama seperti kelajuan cahaya. Tidak ada gunanya ia dimasukkan ke dalam botol kerana makhluk tersebut boleh masuk dan keluar pada bila-bila masa.

Nabi Sulaiman AS dan Nabi Muhammad SAW boleh menangkap makhluk halus kerana mereka adalah Rasul. Namun, tidak terdapat amalan sahabat ataypun tabiin yang menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.

Perkara yang digalakkan adalah berikhtiar untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dengan membaca ayat-ayat al-Quran seperti diajar Rasulullah SAW seperti membaca surah al-Baqarah, Ayat Qursi dan sebagainya. Dengan membaca ayat-ayat al-Quran, makhluk halus akan menjauhkan dirinya atau mengeluarkan dirinya daripada badan manusia. Wallahua'lam.

Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan  disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my 
Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363






No comments:

Post a Comment

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...