Membuat dakwaan kononnya mampu tahu siapa yang sihir pesakit sudah dikira termasuk dalam kategori membuat tilikan. Bahkan mendakwa pesakit disihir juga adalah suatu tilikan.Kerana tiada bukti yang saheh seperti rakaman cctv ,pengakuan pihak yang menyihir ,ataupun saksi yang boleh mengemukakan bukti saheh untuk mendakwa seseorang.
Malahan ada juga perawat yang berlagak seolah-olah dia tahu siapakah yang sihir mangsa, tapi dia tidak mahu mendedahkannya kerana tidak penting untuk pesakit tahu. Ini juga suatu sifat tidak baik. Kerana mendakwa seakan-akan dirinya mampu tilik, dan mengetahui perkara ghaib walaupun tidak mahu mendedahkannya. Berlaku jujurlah terhadap pesakit, katakan kepadanya,"Saya tidak tahu, saya tidak pandai membuat tilikan, Islam haramkan amalan tilikan."Sedangkan rasulullah s.a.w melarang keras amalan tilikan dan dakwaan tahu perkara ghaib. Kerana amalan tilikan boleh mendatangkan fitnah dan tuduhan palsu terhadap orang yang tidak bersalah.(Mempercayai dakwaan tukang tilik boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Baca disini)
Sabda Rasulullah SAW : Sesiapa yang mendatangi ahli sihir, atau Kahin (seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib) atau ‘Arraf (tukang tilik), lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quran al-Karim yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (Hadith riwayat al-Bayhaqi, No. Hadith 16939).
Sewajarnya pesakit haram mempercayai dakwaan perawat,kononnya mereka tahu perbuatan sihir tersebut angkara siapa. Dan janganlah bertemu lagi dengan perawat seperti ini.
Dari 'Aisyah r.a dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah s.a.w, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi s.a.w: "Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan."(Hadith Saheh Muslim).
Perawat Islam yang cermat akan menjauhkan diri mereka dari berpewatakan seperti seorang tukang tilik.Terdapat pelbagai faktor lagi kepada masalah gangguan jin.Antara faktor gangguan jin adalah Sihir, Saka, Penyakit Ain ,dan juga gangguan biasa disebabkan oleh lemah mental dan fizikal sehingga jin senang hendak menguasai jiwa dan akal fikiran pesakit.Dan simptom bagi pesakit gangguan jin biasanya lebih kurang sama sahaja.
Jika pesakit didapati memenuhi ciri-ciri gangguan jin dan apabila diruqyah menunjukkan tanda tindak balas ,memadai bagi seorang perawat menyatakan pesakit didapati ada masalah gangguan jin. Samada gangguan tersebut pada kategori sihir,saka,ain,dan lain-lain lagi,maka serahkan sahaja kepada Allah. Peranan perawat hanyalah membaca ayat-ayat suci al-Quran dan juga doa, serta memberi kaunseling kepada pesakit dan juga pihak keluarga. Bukannya menjadi tukang tilik terhadap pesakit. Wallahua'lam.
Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog
https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my
Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Like page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363
No comments:
Post a Comment