SOALAN :
Saya sering menjaga solat dengan baik, bahkan sering bangun solat malam, sering membaca ayat suci al-Quran, tapi kenapa saya masih mengalami masalah gangguan jin?
JAWAPAN (Oleh Perawat Page Rawatan Islam Pulau Pinang ).
Untuk makluman, seseorang yang sakit disebabkan masalah gangguan jin tidaklah semestinya dia jauh dari Allah. Logiknya orang yang terlebih utama kena sakit disebabkan gangguan jin sepatutnya kaki botol, kaki judi, kaki pusat hiburan maksiat dan seumpanya. Namun realitinya bukanlah sedemikian. Pesakit gangguan jin tidak mengira status keimanan seseorang. Ada yang beriman turut kena sakit gangguan jin, ada juga yang tidak beriman mengalami masalah gangguan jin. Ada beberapa kemungkinan kenapa seseorang itu diuji dengan musibah sakit disebabkan gangguan jin.
1) Allah mahu menguji mereka.
Sudah menjadi fitrah semua manusia akan diuji. Dan setiap ujian yang diterima adalah berbeza-beza. Sedangkan nabi Ayub a.s , yakni kekasih Allah yang dijamin syurgapun diuji oleh Allah. Iaitu baginda telah terkena penyakit disebabkan oleh perbuatan syaitan. Makalah siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan nabi.
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhan-nya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".(surah Sad ayat 41)
Namun perlu diingatkan, setiap ujian itu untuk mengangkat darjat keimanan kita. Yang penting kita redha, berdoa, dan bertawakkal terhadap Allah tanpa perlu mengeluh dan berputus asa.
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Allah berfirman-"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?"( Surah al-An kabuut ayat 2).
2) Balasan Allah.
Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan. Segerakan bertaubat kepada Allah. Mungkin musibah yang dihadapi ini sebagai pembalasan Allah terhadap sesuatu dosa yang kita lakukan dan kita pula masih tidak bertaubat nasuha kepada Allah. Guru saya pernah menceritakan kisah pesakitnya yang menjalani rawatan sejak sekian lama namun masih tidak sembuh walaupun telah menjalani rawatan berulang kali. Sehinggalah dia dinasihatkan untuk cuba mengingati kembali satu persatu dosa yang pernah dilakukan terhadap Allah, dan juga terhadap orang sekelilingnya.
Setelah dari itu, dia mula menyenaraikan segala bentuk dosa yang pernah dilakukan lalu dia melakukan solat sunat taubat, dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh akan setiap dosa yang pernah dilakukan tersebut. Alhamdulillah selepas melakukan solat sunat taubat, dan setelah bertaubat nasuha lalu proses rawatan menjadi mudah. Akhirnya setelah diruqyah lalu pesakit ini sembuh sepenuhnya. Seolah-olah Allah membuka hijab yang selama ini terhalang untuknya dari sembuh. Wallahua'lam.
Kesimpulan
Penulis bukanlah mahu mengandaikan semua pesakit yang sukar sembuh disebabkan point nombor 2 diatas. Barangkali juga punca masih tidak sembuh sama seperti yang dihuraikan pada point nombor 1 diatas. Iaitu Allah mahu menguji kita, dan untuk meningkatkan darjat keimanan kita. Namun selaku manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa, apalah salahnya kita melakukan taubat nasuha yang bersungguh-sungguh atas segala dosa yang pernah dilakukan, dan berdoa memohon kepada Allah supaya diberikan kesembuhan diatas musibah sakit yang sedang dialami ini.
Sekiranya kita pernah menjalani rawatan perbomohan syirik , maka segerakan bertaubat nasuha dan jangan sesekali bertemu dengan tukang bomoh syirik lagi. Kerana syirik suatu dosa yang amat sangat besar disisi Allah. Bahkan ramai pesakit akan bertambah kritikal setelah bertemu tukang bomoh syirik.Hal ini kerana perbuatan bomoh syirik yang melakukan upacara-upacara khurafat dan syirik telah mengundang kepada kehadiran syaitan yang lain pula.Untuk mengetahui ciri-ciri rawatan Islam, dan juga ciri-ciri perbomohan syirik yang bertentangan dengan Islam. Boleh klik dibawah :
1) Perbezaan rawatan Islam dan perbomohan Syirik (1). Klik disini.
2) Perbezaan rawatan Islam dan perbomohan Syirik (2). Klik disini
3) Perbezaan rawatan Islam dan perbomohan Syirik (3). Klik disini
Akhir kata, penulis mengajak diri penulis sendiri dan kita semua untuk sama-sama bertaubat nasuha atas segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Samada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Samada secara sedar ataupun secara tidak sedar. Insyaallah.
Like page fb kami. Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363
No comments:
Post a Comment