Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun sihir.Umumnya dari segi hukum yang asas,kami tidak melihat perbuatan mengambil air kolah masjid untuk dijadikan mandian bagi merawat masalah gangguan jin sebagai suatu tindakan yang menyalahi agama.Asalkan pesakit menyakini yang menyembuhkan adalah Allah dan pesakit berikhtiar menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan juga doa memohon kepada Allah untuk menjampi air tersebut sebelum dimandi.
Berdasarkan pertanyaan kami kepada pesakit yang pernah melakukannya, terbukti mandi menggunakan air kolah masjid turut memberi kesan dan tindak balas pemulihan terhadap pesakit gangguan jin.Namun suka untuk kami tekankan,sebenarnya kesan dan tindak balas positif ini #tidak #hanya #terikat kepada air kolah masjid semata-mata.Berdasarkan pemerhatian kami,samada pesakit menggunakan air kolah masjid,air hujan,air perigi,bahkan air paip di rumah sekalipun,insyaAllah kesemua bentuk air mutlak ini tetap memberi kesan dan tindak balas yang positif terhadap pesakit gangguan jin.
Yang penting kaedah mandian tersebut #perlu #disertakan #dengan #niat.Iaitu hendak mandi untuk merawat masalah sakit yang dihadapi.Disulami dengan membaca ayat suci al-Quran dan juga doa-doa kesembuhan lalu ditiupkan ke dalam air tersebut.Malahan boleh juga disertakan dengan daun bidara sebagai campuran didalam air tersebut kerana mandian menggunakan daun bidara turut terdapat didalam hadith-hadith rasulullah s.a.w.InsyaAllah kaedah seperti yang diperincikan ini akan memberi kesan yang positif terhadap pesakit gangguan jin.Wallahua'lam.
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363
Makluman: Dibenarkan klik share. Jika ingin copy-paste disyaratkan dinyatakan sumber adalah dari page fb Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
Gambar diambil dari :
https://www.bharian.com.my
■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr
Makluman: Dibenarkan klik share. Jika ingin copy-paste disyaratkan dinyatakan sumber adalah dari page fb Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
Gambar diambil dari :
https://www.bharian.com.my
■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr