Terdapat pelbagai bentuk gangguan Jin :
1)Diri.
2)Tempat.
3)Diri dan tempat.
1)Diri.
Gangguan pada diri seperti saka,sihir,santau.Biasanya orang terkena gangguan pada diri sendiri akan sentiasa diganggu sekalipun dia berhijrah ke Jepun.Walaupun dia menyorok ke hujung dunia,gangguan ini tetap menghantui dirinya.Proses memagar rumah dengan ayat-ayat ruqyah biasanya tidak banyak membantu proses pemulihan.Kerana gangguan tersebut bukanlah berpunca dari rumah,tapi berpunca pada dirinya.
Cara pemulihan adalah terapi ruqyah kepada diri pesakit.Bentuk gangguan seperti ni biasanya tidak mampu beri kesan gangguan pada tempat yang dihuni pesakit.Proses membersihkan Jin dari badan pesakit juga tidak akan menyebabkan lokasi rawatan(rumah pesakit/perawat)jadi berhantu.
2)Tempat.
Gangguan pada tempat biasanya seperti rumah kosong,hutan,rumah yang tidak berpenghuni,rumah yang mempunyai saka/barang peninggalan lama seperti keris, tombak, dan juga rumah yang telah disihir. Untuk mengesan gangguan jin pada rumah adalah seseorang itu hanya rasa sakit, tidak selesa, atau terganggu hanya apabila berada di rumah tersebut sahaja.Dirinya akan menjadi normal jika tidak berada di rumah tersebut.
Gangguan pada tempat boleh dipulihkan(halau Jin) jika lokasi tersebut sentiasa diruqyah,dijadikan tempat ibadah,sentiasa dibaca ayat alQuran,zikir, sentiasa diazankan dan dihuni manusia.
3)Diri dan tempat.
Namun kombinasi antara gangguan pada diri pesakit dan juga gangguan pada tempat yang dihuni akan menyebabkan mangsa menjadi bertambah parah.Contohnya seseorang yang mempunyai sejarah kena gangguan akan lebih mudah diserang Jin jika dia ke hutan,rumah kosong,atau ke tempat yang telah ditanam sihir.
Disediakan oleh : Admin Page Rawatan Islam Pulau Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?
Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...

-
Kami dapati terdapat pelbagai amalan khurafat yang sengaja diajar oleh sesetengah pihak di dalam masyarakat.Antaranya jika hendak ambil d...
-
Ada yang bertanya saya benarkah jampi mentera dalam filem ini menyebabkan penonton boleh terkena sihir. Dia merujuk kepada suatu artike...
-
Rawatan Islam Penyakit Misteri,Sihir, Gangguan Jin, Saka, Ilmu Hitam, Badi, Susuk, Santau. Selain menyasarkan aktiviti rawatan di sekit...
No comments:
Post a Comment