Wednesday, 11 April 2018

PUNCA GANGGUAN PASIF MENJADI AKTIF


Wanita ini sering teringat pada rakan sekerjanya. Rakan sekerjanya sering muncul di dalam mimpinya. Walaupun semasa jaga wajah rakannya sentiasa terbayang di dalam fikirannya.Sehinggakan gangguan jin menjadi aktif.Bahkan dia mengalami kerasukan dan pengsan jika melihat wajah rakannya itu.Kalau kes ini diserahkan kepada bomoh biasanya bomoh akan fitnah konon rakannya telah sihir dirinya.Kononnya pesakit telah terkena #Sihir #Pengasih. Inilah kerja bomoh, melakukan fitnah hanya berdasarkan nalurinya tanpa bukti yang saheh.

Sebelum memulakan rawatan kami telah melakukan beberapa siri siasatan.Selepas disoal siasat didapati wanita ini ada sejarah terkena gangguan jin sejak sekian lama. Dan berdasarkan siasatan sebenarnya wanita ini masih lagi mengalami simptom gangguan sebelum kejadian ini lagi.Selepas kami siasat juga didapati kawan-kawannya sering mengusik supaya dia berpasangan dengan dengan lelaki tersebut.

Bermula selepas insiden usikan itulah gangguan jin yang memang dah ada, dan masih  dalam "mode" PASIF telah bertukar menjadi  AKTIF .Puncanya apabila wanita ini menerima tekanan usikan tersebut dari rakan sekerja yang lain. Kami berpendapat inilah punca sebenar.Pengalaman kami,sesetengah  pesakit gangguan cukup sensitif apabila diberi tekanan  dengan sesuatu yang bersifat provokasi.

Contohnya jika pesakit bersangka si A telah sihir dirinya, atau bomoh telah menabur fitnah kononya si A yang sihir pesakit, selepas dari itu pesakit akan jadi rasa tidak selesa, bahkan boleh menerima serangan sakit hanya kerana bersemuka dengan si A walaupun si A tidak melakukan apa-apa padanya.

Puncanya hanya kerana jiwa pesakit telah didorong untuk mempercayai, kononnya si A lah orang yang telah sihir dirinya. Sebagaimana pesakit gangguan cukup sensitif dengan kritikan, suka memencil diri, maka begitulah juga dengan sensitivitinya pada dorongan jiwa. Bahkan disebabkan masalah ini jugalah pesakit gangguan lebih berisiko untuk terkena pukau ataupun jangkitan histeria.

~Admin Fb Rawatan Islam Pulau Pinang~
~Whatsapp : 011-10145363~

Friday, 6 April 2018

ADAKAH KAMI MAMPU RAWAT KANSER?

ADAKAH KAMI MAMPU RAWAT KANSER?


1.Umumnya doa adalah senjata bagi orang mukmim. Bahkan dengan doa, dan juga mukjizat ayat suci al-Quran mampu menjadi penawar terhadap SEGALA jenis penyakit.

2.Walaupun pusat rawatan Islam lain menawarkan pelbagai khidmat rawatan seperti merawat kanser,barah,jantung dan pelbagai penyakit kronik yang memerlukan rawatan doktor, suka untuk kami tegaskan kami TIADA KEPAKARAN untuk kes-kes seperti kanser, jantung,barah dan seumpanya

3.Namun pada masa sama kami berpendapat jika sakit kronik yang dihadapi masih tidak berubah selepas temui doktor, adalah tidak salahpun jika hendak dapatkan rawatan ruqyah Syar'iyyah. Iaitu rawatan yang HANYA guna bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa sahaja. Mudah-mudahan dengan berkat ayat suci al-Quran dan doa yang dibacakan akan menjadi asbab kesembuhan terhadap pesakit. 

3.Fokus dan keutamaan kami adalah melibatkan penyakit gangguan jin pada jiwa dan akal fikiran pesakit.Contohnya kemurungan, histeria, sering berhalusinasi nampak benda ghaib, sakit misteri, dan seumpanya.

4.Sekiranya anda alami penderitaan sakit yang teruk, dan telah dapatkan rawatan doktor.Doktor sahkan anda sihat, maka kami mengklasifikasikan sakit seperti ini sebagai SAKIT MISTERI. Insyaallah sakit misteri lebih senang dirawat melaui kaedah rawatan Ruqyah Syar'iyyah. Wallahua'lam.

~Page fb : Rawatan Islam Pulau Pinang ~
  Whatsapp perawat : 011-10145363

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...