Wednesday, 11 April 2018

PUNCA GANGGUAN PASIF MENJADI AKTIF


Wanita ini sering teringat pada rakan sekerjanya. Rakan sekerjanya sering muncul di dalam mimpinya. Walaupun semasa jaga wajah rakannya sentiasa terbayang di dalam fikirannya.Sehinggakan gangguan jin menjadi aktif.Bahkan dia mengalami kerasukan dan pengsan jika melihat wajah rakannya itu.Kalau kes ini diserahkan kepada bomoh biasanya bomoh akan fitnah konon rakannya telah sihir dirinya.Kononnya pesakit telah terkena #Sihir #Pengasih. Inilah kerja bomoh, melakukan fitnah hanya berdasarkan nalurinya tanpa bukti yang saheh.

Sebelum memulakan rawatan kami telah melakukan beberapa siri siasatan.Selepas disoal siasat didapati wanita ini ada sejarah terkena gangguan jin sejak sekian lama. Dan berdasarkan siasatan sebenarnya wanita ini masih lagi mengalami simptom gangguan sebelum kejadian ini lagi.Selepas kami siasat juga didapati kawan-kawannya sering mengusik supaya dia berpasangan dengan dengan lelaki tersebut.

Bermula selepas insiden usikan itulah gangguan jin yang memang dah ada, dan masih  dalam "mode" PASIF telah bertukar menjadi  AKTIF .Puncanya apabila wanita ini menerima tekanan usikan tersebut dari rakan sekerja yang lain. Kami berpendapat inilah punca sebenar.Pengalaman kami,sesetengah  pesakit gangguan cukup sensitif apabila diberi tekanan  dengan sesuatu yang bersifat provokasi.

Contohnya jika pesakit bersangka si A telah sihir dirinya, atau bomoh telah menabur fitnah kononya si A yang sihir pesakit, selepas dari itu pesakit akan jadi rasa tidak selesa, bahkan boleh menerima serangan sakit hanya kerana bersemuka dengan si A walaupun si A tidak melakukan apa-apa padanya.

Puncanya hanya kerana jiwa pesakit telah didorong untuk mempercayai, kononnya si A lah orang yang telah sihir dirinya. Sebagaimana pesakit gangguan cukup sensitif dengan kritikan, suka memencil diri, maka begitulah juga dengan sensitivitinya pada dorongan jiwa. Bahkan disebabkan masalah ini jugalah pesakit gangguan lebih berisiko untuk terkena pukau ataupun jangkitan histeria.

~Admin Fb Rawatan Islam Pulau Pinang~
~Whatsapp : 011-10145363~

No comments:

Post a Comment

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...