Wednesday, 18 July 2018

DEPRESSION KERANA SUAMI CURANG


DEPRESSION KERANA SUAMI CURANG

Selepas menemubual dan kaunseling wanita ini admin dapati beliau mengalami #Depression. Iaitu kemurungan. Hasil siasatan didapati masalah kemurungan ini baru sahaja terjadi lebih kurang sebulan.

APA KESAN DEPRESSION?

Rasa ingin mati, rasa ingin bunuh diri, tidur tidak cukup, hati tak tenang, sukar bernafas, sentiasa bersedih, mengalami sakit yang lambat sembuh, dan pelbagai lagi.

APAKAH PUNCA DEPRESSION?

Terdapat banyak faktor punca despression atau berlakunya kemurungan. Bagi kes pesakit ini faktor utamanya adalah selepas dia berjaya mengesan pasangannya curang terhadapnya. Bermula dari hari itu dari masa ke semasa kondisi emosinya dan fizikalnya semakin merosot. Ditambah pula dengan tekanan anak ramai yang masih kecil terpaksa diuruskan. Mujurlah Allah takdirkan beliau membuka page Rawatan Islam Pulau Pinang dan dia dapati banyak ciri-ciri yang kami kongsikan ada pada dirinya.

BAGAIMANA CARA MERAWAT DEPRESSION?

Terdapat banyak kaedah. Antaranya rujuk pakar psikiatri di Hospital.Doktor akan kaunseling pesakit, dan mungkin akan beri ubat tertentu. Namun fokus artikel admin adalah berkenaaan rawatan Islam secara ruqyah Syar'iyyah.Kerana sebahagian penghidap Depression mungkin turut mengalami masalah gangguan jin.Jadi adalah baik juga selain mendapatkan rawatan doktor, cuba juga ikhtiarkan secara rawatan Islam.

Pesakit dan pasangannya telah kami berikan kaunseling sewajarnya #sebelum dan #selepas rawatan.Semasa sesi rawatan, bacaan al-quran dan doa dialunkan menyebabkan pesakit ini menggigil lalu muntah. Banyak muntah yang dikeluarkan. Tiba-tiba pesakit ini mengalami kerasukan. Berperwatakan seperti Jin. Menurutnya dia adalah jin yang ikut si suami semasa pulang ke rumah. Dia mengaku beragama buddha. Dan dia amat membenci suami wanita ini kerana sering menzalimi wanita tersebut. Selepas dipujuk dan diajarkan syahadah akhirnya jin yang menguasai jiwa pesakit ini keluar dari badan pesakit.

Alhamdulillah selepas rawatan pesakit dakwa rasa ringan badan, rasa lebih sihat, rasa lebih positif, mata rasa sangat cerah berbanding sebelumnya, bahkan admin dapat melihat raut wajah pesakit sangat ceria dan mampu senyum lebar selepas menjalani rawatan. Sempat admin menasihati pasangan ini bagi memastikan gangguan jin tidak akan berulang lagi.

KESIMPULAN

Soal perkara ghaib memang sains tak mampu rungkai. Sama sebagaimana sains hanya mampu mendedahkan mati disebabkan jantung berhenti, namun sains gagal membuktikan mati berlaku selepas roh ditarik keluar oleh malaikat maut.Umumnya seseorang yang menerima tekanan bertubi-tubi sehingga mentalnya dan fizikalnya lemah akan lebih senang dikuasai oleh hasutan dan gangguan syaitan jenis jin.Jadi bagi memastikan perkara ini tidak berulang pasangan mestilah seseorang yang memahami, bertanggungjawab, dan persekitaran pesakit juga perlulah mendokong,selain perlu amal zikir dan amalan-amalan melindungi diri.

ps-Gangguan jin TIDAK SEMESTINYA disihir.

Nukilan : Admin Page Rawatan Islam Pulau Pinang 

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Bagi sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik disini

No comments:

Post a Comment

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...