Friday, 20 July 2018

JAUHI TANGKAL AZIMAT, WAFAQ



Azimat atau Wafaq biasanya dibekalkan oleh bomoh kepada pesakit.Mereka akan menyuruh pesakit samada tampal azimat ini didalam rumah/kedai, simpan didalam dompet, dan lain-lain lagi.Sesetengah kedai menggunakan azimat wafaq untuk melariskan jualan.

Semua kaedah ini menyebakan pesakit hilang kebergantungan pada Allah dan menyerahkan perlindungan diri kepada azimat. Akhirnya ia membawa kepada perbuatan syirik. Bahkan terdapat kes penggunaan tangkal wafaq mengundang kepada kehadiran khadam pendamping iaitu jin. Akhirnya pemilik wafaq mengalami masalah gangguan jin.

Garis panduan rawatan Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM jelas menyebut-"Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran.."

Nukilan : Admin Page Fb Rawatan Islam Pulau Pinang. 
Like page fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang. 
Bagi sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik disini untuk terus Whatsapp kepada kami.

No comments:

Post a Comment

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...