AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI KE - 557: BAGAIMANA MERAWAT ISTERI DISIHIR?
Like page fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp : 011-10145363
Dipetik dari facebook : Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Soalan:
Isteri saya terkena sihir. Bagaimanakah untuk mengubatinya?
Jawapan:
Untuk tujuan pengubatan sihir, terdapat beberapa kaedah yang ditunjukkan dalam hadis Nabi SAW. Kami cuma menukilkan daripada hadis-hadis dan selebihnya hendaklah bertanya kepada pakar yang diiktiraf seperti Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'), Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dan lain-lain.
Secara asasnya, antara kaedah yang boleh dilakukan bagi merawat sihir adalah:
- Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya.[1]
- Membaca Ayat al-Kursi[2]
- Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas
- Mengusap ke bahagian sakit dengan tangan sambil membaca [3]
أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
- Membaca doa berikut sebanyak 3 kali [4]
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
- Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada pesakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.[5]
Selain itu, boleh juga membaca ayat-ayat al-Qur’an lain yang diketahui boleh mengubati sihir seperti
مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ
Al-Qur’an itu sendiri sifatnya adalah penyembuh dan apa-apa sahaja ayat al-Qur’an yang sesuai selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, boleh digunakan untuk rawatan sebagaimana fatwa Syeikh Abdullah bin Abd al-Rahman al-Jibrin yang turut sependapat dengan fatwa Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Ibn Uthaimin, Syeikh Abd al-Muhsin Abikan dan lain-lain dalam hal ini.[6] Pada pandangan kami, rujuklah mereka yang berkeahlian dalam bidang ini untuk mendapatkan ayat-ayat yang sesuai dibaca
Setelah sembuh, pesakit hendaklah dinasihatkan supaya menjaga beberapa perkara yang berkaitan hubungan dengan Allah SWT:
- Solat berjemaah
- Mentaati kedua ibu bapa
- Memperbanyakkan solat sunat
- Puasa
- Membaca al-Qur’an [7]
_______________________________________
[1] Ini berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5736
[2] Ini berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4723
[3] Ini berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5750
[4] Ini berdasarkan hadis Riwayat Ibn Majah, no. 3523
[5] Ini berdasarkan hadis Riwayat Abu Daud, no. 3885
[6] http://www.ibn-jebreen.com/fatwa/vmasal-10072-.html
[7] Kaifa Tu’alij Maridhaka bi al-Ruqyah al-Syar’iyyah, hal.27
_______________________________________
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?
Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...

-
Kami dapati terdapat pelbagai amalan khurafat yang sengaja diajar oleh sesetengah pihak di dalam masyarakat.Antaranya jika hendak ambil d...
-
Ada yang bertanya saya benarkah jampi mentera dalam filem ini menyebabkan penonton boleh terkena sihir. Dia merujuk kepada suatu artike...
-
Rawatan Islam Penyakit Misteri,Sihir, Gangguan Jin, Saka, Ilmu Hitam, Badi, Susuk, Santau. Selain menyasarkan aktiviti rawatan di sekit...
No comments:
Post a Comment