Amalan perbomohan tidak dapat dipisahkan dengan tilikan. Sedangkan tilikan dilarang didalam Islam. Sabda rasulullah s.a.w, "Barangsiapa menggauli wanita yang tengah haid atau (menggauli) dari duburnya, atau mendatangi dukun lalu ia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah mengingkari apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w."(Hadith Saheh Riwayat Darimi).
Biasanya bomoh melakukan tilikan untuk mendakwa dan menfitah sesiapa sahaja mengikut firasatnya, dan mengikut bisikan syaitan pada jiwa dan akal fikirannya. Kesannya akan meruntuhkan institusi kekeluargaan, hubungan kejiranan dan kemasyarakatan.
Penulis berpengalaman berhadapan dengan pelbagai jenis pesakit yang mempunyai pelbagai latar belakang kisah.Ada kes suami berjumpa bomoh lalu membenarkan dakwaan bomoh, kononnya si isteri telah melakukan sihir kepadanya.Akhirnya si suami menceraikan isteri atas saranan bomoh. Ada kejadian dimana keluarga di pihak perempuan bertemu bomoh, bomoh mendakwa ibu pihak lelaki yang hendak dikahwini ada membela jin.Akhirnya rancangan perkahwinan pasangan ini terpaksa dibatalkan.Hanya kerana keluarga perempuan suka jumpa bomoh dan mempercayai dakwaan bomoh.
Terdapat juga kes dimana mertua telah menemui bomoh,lalu bomoh melakukan fitnah kononnya menantunya telah melakukan sihir terhadapnya. Oleh kerana terlalu mempercayai dakwaan bomoh akhirnya bapa mertua telah mengharamkan menantunya dari balik ke rumahnya. Pernah berlaku kejadian dimana pesakit bertemu bomoh, lalu bomoh mendakwa pesakit telah disihir oleh tunang sendiri sehingga akhirnya pasangan ini bergaduh teruk.
Kita dapat lihat bagaimana watak dan sifat kemanusiaan seseorang akan berubah sekelip mata, bahkan mampu berkelakuan kejam.Hanya kerana mempercayai dakwaan bomoh. Maka berjayalah syaitan untuk memecah belahkan umat manusia.Hari ini betapa ramainya masyarakat kita masih bergelumang dengan amalan bomoh, tukang tilik, bahkan beriman dengan dakwaannya.Kononnya si bomoh mampu mengetahui siapakah angkara yang menyihir pesakit. Perawat Islam tidak sesekali akan dakwaan mampu mengetahui siapakah yang sihir mangsa.
Lihatlah betapa jahatnya peranan bomoh untuk memutuskan hubungan silatulrahim sesama manusia. Masyarakat yang hidup didalam kejahilan, dan berterusan bergelumang didalam amalan perbomohan akan terus hanyut dengan dosa kesyirikan. Bahkan mereka akan berterusan menfitnah orang sekeliling mereka. Hanya kerana mempercayai dakwaan bomoh.
Sebab itulah nabi s.a.w melarang keras umatnya bertemu dukun ataupun bomoh yang gemar melakukan tilikan. Bahkan baginda melarang keras umatnya dari mempercayai dakwaan mereka. Kerana sesungguhnya mereka adalah pendusta yang mampu meruntuhkan institusi kekeluargaaan dan masyarakat.
Dari 'Aisyah dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah s.a.w, bahawa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda nabi s.a.w: "Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan."(Hadith saheh riwayat Muslim).
Nukilan : Admin page Rawatan Islam Pulau Pinang
Like page fb : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp : 011-10145363
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?
Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...

-
Kami dapati terdapat pelbagai amalan khurafat yang sengaja diajar oleh sesetengah pihak di dalam masyarakat.Antaranya jika hendak ambil d...
-
Ada yang bertanya saya benarkah jampi mentera dalam filem ini menyebabkan penonton boleh terkena sihir. Dia merujuk kepada suatu artike...
-
Rawatan Islam Penyakit Misteri,Sihir, Gangguan Jin, Saka, Ilmu Hitam, Badi, Susuk, Santau. Selain menyasarkan aktiviti rawatan di sekit...
No comments:
Post a Comment