Sebahagian bomoh yang bergelumang dengan syaitan telah mengalami krisis kejiwaan yang serius .Mereka akan mempercayai setiap bisikan syaitan didalam naluri jiwa dan akal fikiran mereka. Sebenarnya bomoh sama sahaja seperti pesakit gangguan jin,iaitu mereka mengalami krisis kejiwaan disebabkan oleh ganggguan jin terhadap jiwa dan akan fikirannya.Mereka juga merupakan pesakit gangguan yang perlu diruqyah sehingga pulih dari masalah gangguan jin. Malangnya mereka selesa bergelumang dengan jin yang menguasai jiwa, dan akal fikiran mereka. Didalam ilmu psikiatri, masalah kejiwaan(merujuk kepada pesakit gangguan jin) dikategorikan sebagai Neurosis, bahkan lebih parah lagi Psikosis.
Kesan gangguan jin pada seorang bomoh adalah akan menyebabkan berlaku hasutan pada jiwa dan akal fikirannya.Dimana seorang bomoh akan mendengar bisikan syaitan terhadap jiwanya, dan akal fikiranya. Sama seperti yang berlaku terhadap pesakit.Contohnya, syaitan akan membisikkan kepadanya kononnya pesakit telah disihir oleh jirannya. Akhirnya dia menyampaikan kepada pesakit.Natijah pesakit yang mempercayai dakwaan bomoh akan memutuskan silatulrahim dengan jiran tetangganya.
Lebih parah lagi, seorang bomoh yang mengalami krisis kejiwaan yang serius disebabkan gangguan jin/syaitan pada akal dan jiwanya, akan turut bersangka buruk pada mana-mana pesakit yang dirawatnya. Syaitan akan membisikkan pendustaan pada jiwanya, ataupun pada firasatnya, kononnya pesakit tersebut bakal memberi ancaman pada dirinya.
Untuk mempertahankan diri dari diancam akhirnya bomoh akan melakukan perbuatan sihir dan khianat terhadap pesakitnya tanpa sebab yang munasabah. Pesakit yang asalnya datang untuk meminta bantuan bomoh akhirnya dizalimi oleh bomoh itu sendiri disebabkan syaitan telah melakukan fitnah pendustaan terhadap pesakit.
Seorang bomoh yang telah dikuasai oleh syaitan/jin akan mempercayai setiap firasatnya.Sedangkan sifat syaitan adalah pendusta dan tidak boleh dipercayai. Mana-mana pesakit menermuinya berisiko dirasakan bakal memberi ancaman kepada dirinya.Kerana rasa diancam oleh sebab diperdaya oleh bisikan syaitan, akhirnya bomoh ini akan turut menyihir pesakit.
Ini adalah kisah benar. Ada yang diancam oleh bomoh dengan pelbagai ugutan tanpa sebab-sebab yang munasabah. Tidak kurang juga yang sering menerima ugutan melalui telefon dan whatsapp. Bahkan ada bomoh yang menabur fitnah terhadap pesakit kepada kaum keluarga pesakit yang turut menemui bomoh yang sama.
Apabila anda berjumpa bomoh, beerti anda meletakkan diri anda didalam risiko yang merbahaya. Kerana seorang bomoh berisiko mempunyai krisis kejiwaan yang serius oleh kerana terlalu menurut hawa nafsu, dan kata hati yang telah dikuasai oleh syaitan.Syaitan berpotensi untuk memfitnah anda sehingga bomoh akan merasai anda sebenarnya sedang memberi ancaman kepadanya. Lebih parah lagi dia akan berusaha untuk menghapuskan anda walaupun anda tidak pernah menyakitinya. Semuanya disebabkan oleh krisis kejiwaan yang dialaminya, oleh kerana terlalu mempercayai bisikan syaitan didalam diri.
Nukilan. : Admin page Rawatan Islam Pulau Pinang
Like page fb : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp : 011-10145363
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?
Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...

-
Kami dapati terdapat pelbagai amalan khurafat yang sengaja diajar oleh sesetengah pihak di dalam masyarakat.Antaranya jika hendak ambil d...
-
Ada yang bertanya saya benarkah jampi mentera dalam filem ini menyebabkan penonton boleh terkena sihir. Dia merujuk kepada suatu artike...
-
Rawatan Islam Penyakit Misteri,Sihir, Gangguan Jin, Saka, Ilmu Hitam, Badi, Susuk, Santau. Selain menyasarkan aktiviti rawatan di sekit...
No comments:
Post a Comment