Wednesday, 14 March 2018

KAEDAH BERKESAN PEMULIHAN.SUATU PANDANGAN.




Perkongsian ini merupakan kaedah ataupun ikhtiar dari sudut pandangan kami selaku perawat berpengalaman. Namun pesakit tidak diwajibkan untuk mesti melakukannya. Bahkan pandangan ini sebenarnya terbuka kepada ruang perbezaan yang luas dan terlalu subjektif. Pembaca ataupun perawat boleh berbeza pendapat dengan kami.

Kami pernah meneliti kaedah rawatan Islam yang dijalankan oleh Pusat Rawatan Islam Darussyifa di Kota Bharu Kelantan(Lundang). Salah seorang perawat ada menasihati pesakit supaya datang lagi selang 3hari(tapi tidak diwajibkan, sekadar cadangannya sahaja). Kami juga ada merujuk salah seorang perawat Pusat Rawatan Islam Darul Abrar, beliau juga berpendapat adalah baik juga bagi kes pesakit gangguan jin yang diteruk dicadangkan supaya datang kembali rawatan susulan selang 3hari.

Oleh sebab demikian, kami berpandangan adalah baik juga untuk kes gangguan yang teruk dan krtikal untuk dapat mengulangi kembali rawatan susulan selepas 3hari menjalani rawatan. Kenapa 3 hari? Baiklah, 4 hari. Sebenarnya tiada ketetapan pada angka. Terpulang pada kelapangan pesakit. Maksudnya tempoh antara rawatan pertama dengan rawatan kedua jangan terlalu lama jarak masanya. Itu sahaja.

Apabila pesakit mula merasai perkembangan yang positif, walaupun masih tidak sembuh sepenuhnya, maka adalah digalakkan untuk pesakit melakukan rawatan susulan secara berkala dengan perawat. Contohnya 2kali sebulan, ataupun sebulan sekali. Sehinggalah semakin pulih maka barulah kekerapa rawatan mula dikurangkan dari masa ke semasa. Ini juga hanyalah pandangan kami, tidak semestinya tepat. Masih subjektif untuk dibahaskan dan mungkin pandangan setiap perawat berbeza-beza.

Cuma kami berpendapat rawatan yang kerap dan berterusan adalah sangat baik untuk pesakit gangguan jin yang kritikal. Berdasarkan pengalaman peribadi, kami melihat sekali rawatan sahaja tidak memadai kerana gangguan atau serangan jin biasanya berulang. Pada pengamatan kami, kekerapan menjalani rawatan akan melancarkan perjalanan proses kesembuhan pesakit gangguan yang kritikal. Pesakit akan dapat merasai kesan perubahan dan perkembangan yang positif dari masa ke semasa apabila rawatan dilakukan secara berkala.

Adakah pesakit perlu menjalani rawatan dengan perawat yang sama?

Kami berpendapat itulah  yang sebaiknya.Iaitu menjalani rawatan dengan perawat yang sama. Namun secara umumnya tidaklah menjadi kesalahan jika pesakit hendak menukar rawatan dengan perawat lain pula atas faktor jarak, lokasi, atau atas apa-apa sebab peribadi sekalipun. Asalkan kaedah rawatan yang dipilih lebih kurang sama sahaja. Iaitu rawatan ruqyah syar'iyyah dengan melebihkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa sepanjang sesi rawatan. Jangan sesekali mencampur adukkan antara rawatan Islam dengan perbomohan syirik. Bahkan adalah ditegah sama sekali menjalani rawatan perbomohan syirik. Oleh itu, pilihlah mana-mana perawat pun. Yang penting rawatan Islam ruqyah syar'iyyah.

Bagaimana jika tidak mahu jalani rawatan dengan perawat?

Sebenarnya jalan yang terbaik adalah orang terdekat pesakit perlu sentiasa meruqyah pesakit. Tidak perlu bergantung harap kepada perawat. Keluarga perlu membaca ayat-ayat suci al-Quran sambil memegang anggota badan pesakit atau ubun-ubun kepada pesakit, dan juga bacaan tadi boleh dihembuskan kepada pesakit atau pada air untuk diberi minum kepada pesakit.

Jika keluarga( suami, ayah, ibu, anak dan lain-lain lagi) kepada pesakit mampu melakukannya, maka lakukan amalan ruqyah ini setiap hari terhadap pesakit. Jika tidak mampu setiap hari, sekurangnya-kurangnya dalam seminggu ada dilakukan 2-5 kali.

Jika keluarga tiada masa, atau tidak mampu, atau atas faktor-faktor lain menyebabkan mereka tidak boleh melakukan rawatan ruqyah terhadap pesakit , maka mereka tiada pilihan lain melainkan pesakit (bagi gangguan jin yang kritikal) perlu sentiasa dibawa jumpa perawat untuk diruqyah.

Asasnya mudah, pesakit perlu sentiasa melakukan rawatan ruqyah mandiri(rawatan diri sendiri) dengan mengamalkan ayat-ayat ruqyah, doa ruqyah, dan juga zikir-zikir pelindung diri,dan pada masa sama perlu ada seseorang untuk sentiasa meruqyah pesakit. Sama ada kaum keluarga pesakit, ataupun perawat.

Pesakit juga digalakkan untuk mengamalkan mandian air daun bidara. Terpulanglah, tiada ketetapan khusus berapa kali seminggu. Kami berpendapat adalah baik juga mandian bidara diamalkan oleh pesakit sebanyak 2-4 kali seminggu sahaja dan dimandi selepas waktu asar. Amalkan mandian ini sampai bila-bila. Ini juga bukanlah suatu kewajiban, cuma sekadar cadangan pandangan dari pihak kami. Pesakit juga perlu menjaga emosi dengan baik. Persekitaran mestilah mendokong, iaitu kaum keluarga yang memahami dan sentiasa berada disamping pesakit memberi sokongan moral dan tidak sesekali memberi tekanan terhadap pesakit. Penerimaan tekanan juga antara faktor membantutkan proses kesembuhan terhadap pesakit. Wallahua'lam.


PERHATIAN : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb kami. Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363

No comments:

Post a Comment

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...