■Pernahkah anda terasa hati pada pasangan anda tanpa sebab yang munasabah?
■Pernahkah anda memperbesarkan hal yang kecil sehingga terjadi perang besar antara anda dan pasangan?
■Pernah tak bila anda jauh dari pasangan hadir perasaan rindu, rasa sayang,rasa ingin minta maaf,rasa ingin romantik?Tapi apabila bertemu sahaja dengan pasangan anda,perasaan tersebut hilang serta merta dan anda jadi benci,malah meluat padanya tanpa sebab yang boleh diperjelaskan?
■Pernah tak anda alami tiada nafsu pada pasangan sehingga tidak lagi melakukan hubungan intim dalam tempoh yang lama?
Ini bukan salah anda sepenuhnya, bukan juga salah pasangan anda sepenuhnya. Tapi inilah kerja syaitan jenis jin yang telah menghasut anda atau pasangan anda.Peranan tentera-tentera iblis ini adalah untuk memisahkan hubungan suami dan isteri.
Sabda rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgasananya di atas air lalu mengirim bala tenteranya, (syaitan) yang kedudukannya paling rendah bagi Iblis adalah yang paling besar godaannya. Salah satu diantara mereka datang lalu berkata: 'Aku telah melakukan ini dan itu.' Iblis menjawab: 'Kau tidak melakukan apa pun.' Lalu yang lain datang dan berkata: 'Aku tidak meninggalkannya hingga aku memisahkannya dengan istrinya.' Beliau bersabda: "Iblis mendekatinya lalu berkata: 'Bagus kamu." Al A'masy menyebutkan dalam riwayatnya: "Iblis berkata: 'Tetaplah (menggodanya)."
(Hadith Saheh Muslim)
Salah satu peranan syaitan dari kalangan tentera-tentera Iblis ini adalah untuk memastikan sesebuah rumah tangga menjadi tidak aman dan sering bergaduh.
Kadang-kadang kesilapan yang sangat kecil namun kesan amarahnya adalah berlipat kali ganda besarnya.Seolah-olah berlaku krisis yang sangat besar pula.Perkara yang asalnya remeh kemudiannya menjadi serius apabila berlaku perang mulut dan masing-masing tidak mahu mengalah. Setiap tutur bicara yang dikeluarkan sangat menghiris hati. Pada ketika inilah bibit-bibit penceraian akan mula tercetus.
LANGKAH MENANGANI :
1. BILA KITA TERASA DENGA SUAMI/ISTERI BERUSAHALAH UNTUK INGAT KEPADA ALLAH.DAN BANYAKKAN BERISTIFAR.
2.LAWAN PERASAAN BENCI TERSEBUT DENGAN CARA MEMELUK PASANGAN ANDA DAN MEMINTA MAAF.JIKA ANDA BERJAYA BERBUAT DEMIKIAN BEERTI SYAITAN TELAH GAGAL MENGHASUT JIWA DAN AKAL FIKIRAN ANDA UNTUK MEMBENCI PASANGAN ANDA. OLEH ITU TUNDUKKAN EGO DAN BERUSAHA MEMINTA MAAF WALAUPUN MUNGKIN BUKAN SALAH ANDA. KERANA EGO DIDALAM RUMAH TANGGA SEBAHAGIAN DARI HASUTAN SYAITAN.
3.MASING-MASING BERUSAHA UNTUK TIDAK MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK DISENANGI PASANGAN. KERANA SYAITAN JENIS JIN SANGAT GENIUS DALAM MENGHASUT PASANGAN. APABILA SI SUAMI MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK DISUKAI ISTERI, PADA KETIKA INILAH JIN JENIS SYAITAN AKAN MENYEMARAKKAN LAGI API KEMARAHAN ISTERI KEPADA SUAMI.
4. JIKA MEMENUHI CIRI-CIRI SEPERTI YANG DIJELASKAN DIATAS, MAKA PASANGAN HARUSLAH PEKA DAN CEPAT BERTINDAK. SEGERAKAN BAWA JUMPA PERAWAT UNTUK MENJALANI SESI RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR'IYYAH.JALANI RAWATAN SECARA BERKALA SEHINGGA DIYAKINI SEMBUH SEPENUHNYA.CONTOHNYA SEBULAN SEKALI. ATAU DUA KALI SEBULAN. SOAL KEKERAPAN JUMPA PERAWAT TERPULANGLAH KEPADA ANDA.KERANA ANDA LEBIH ARIF TAHAP PULIH ANDA ATAU PASANGAN ANDA. JIKA MASIH RASA TIDAK PULIH SEPENUHNYA, TERUSKAN LAGI RAWATAN SECARA BERKALA.
5.KEBERGANTUNGAN KEPADA PERAWAT SEMATA-MATA BELUM CUKUP MEMADAI. BALIK DARI JUMPA PERAWAT, PESAKIT GANGGUAN JIN PERLU BERAMAL DENGAN ZIKIR, WIRID, BACAAN ALQURAN DAN JUGA AMALAN RUQYAH MANDIRI.
6.PASANGAN JUGA PERLU SENTIASA MERUQYAH PESAKIT. CONTOHNYA MEMEGANG ANGGOTA BADAN PESAKIT SEPERTI BAHU, DAN UBUN-UBUN KEPALA SAMBIL MEMBACA AYAT SUCI AL-QURAN DAN JUGA DOA KESEMBUHAN.
No comments:
Post a Comment