Sunday, 25 March 2018

TIP MENCARI BARANG SIHIR.



KAEDAH 1

Lakukan solat sunat secara berterusan khusus untuk memohon hajat kepada Allah supaya Allah tunjukkan dimanakah sihir disembunyikan di rumah atau di persekitaran anda. Cuba lakukan secara istiqamah, contohnya selama 2minggu ke, atau selama sebulan. Terpulang pada kemampuan anda.

Sekiranya dapat petanda melalui mimpi, jangan terus mempercayainya. Dibimbangi mimpi tersebut bukan petunjuk, sebaliknya tipu daya syaitan.Sebaliknya siasatlah secara bersungguh-sungguh sehingga ditemui objek sihir tersebut. Jika bermimpi sihir berada di lokasi tertentu yang anda ketahui, namun setelah dicari masih tidak ditemui maka adalah baik juga lokasi tersebut dispraykan atau disiramkan dengan air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Jika sihir tersebut berbentuk sihir ghaib dan memang berada di lokasi tersebut, mudah-mudahan Allah akan membatalkan sihir tersebut melalui ikhtiar yang telah kita usahakan ini.

Namun andai objek sihir tersebut dijumpai maka carilah orang yang berpengalaman untuk menguruskan dan membatalkan sihir pada objek tersebut. Jangan sesekali tanggung risiko jika anda tiada kekuatan dan tidak berpengalaman. Diingatkan jangan sesekali pegang dengan tangan yang tidak berlapik objek sihir yang ditemui sebagai langkah berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang tidak diduga.

KAEDAH 2

Kaedah ini biasanya dilakukan oleh perawat. Semasa rawatan dilakukan, dan semasa pesakit sedang kerasukan jin, bolehlah bertanya kepada pesakit dimanakah sihir tersebut disembunyinya. Harus diingatkan, syaitan adalah pendusta. Risiko untuk syaitan berbohong adalah tinggi. Maka setiap dakwaannya bukan untuk kita imani, tapi untuk kita siasat kembali bagi memastikan dia tidak berdusta.

Tanyakan kepada pesakit yang sedang mengalami kerasukan dimana sihir disembunyikan.Contohnya jika pesakit yang sedang kerasukan jin mendakwa sihir disimpan didalam pasu bunga sebelah pintu rumah, maka adalah tidak salah untuk kita cuba mencari untuk mengetahui samada objek sihir yang didakwa benar-benar ada dilokasi tersebut atau sebaliknya. Sekiranya tiada, adalah baik juga kawasan yang didakwa tersebut dispray atau disiram dengan air bacaan ayat suci al-Quran. Kerana ada kemungkinan sihir tersebut bukan berbentuk objek, sebaliknya sihir yang diletakkan adalah secara ghaib dan tidak boleh dilihat. Kaedah spray atau disiramkan dengan air bacaan ayat suci al-Quran adalah bagi membatal sihir ghaib tersebut jika benar sihir ghaib tersebut berada ditempat yang didakwa.Wallahua'lam.

Kami juga berpendapat jangan sesekali terlalu yakin tempat tersebut sememangnya ada sihir ghaib.Namun perbuatan ini tidak lebih sekadar ikhtiar untuk lebih berwaspada sahaja, mana tahu jin tersebut berkata-kata benar pada ketika itu kerana tidak tahan sakit selepas dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran.Ini juga bukan suatu bentuk mempercayai dakwaan pesakit kerasukan jin.Sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga sahaja(50-50).

KAEDAH 3

Kaedah ini juga biasanya dilakukan oleh perawat. Namun kaum keluarga pesakit juga boleh mencuba. Asalkan kuat semangat,dan  bebas dari masalah gangguan jin. Caranya adalah dengan menggunakan pesakit. Kita boleh bertanya pesakit beberapa soalan sebelum memulakan kaedah ini. Antaranya :
1) Lokasi manakah yang sering awak rasa seram bila melaluinya?
2) Lokasi manakan yang sering awak nampak makhluk halus?
3) Lokasi manakah bila awak laluinya maka ia memberi tindak balas yang tidak baik pada diri awak?

Setelah lokasi ini diketahui maka lokasi ini perlu disiasat dan diterokai. Jika perlu, dan jika mampu, maka cuba gali tempat tesebut. Jika tidak mampu digali, maka memadai tempat tersebut disiramkan atau dispray dengan air bacaan ayat suci al-Quran. Contohnya pesakit dakwa rasa sakit atau rasa seram bila lalu bilik belakang rumah. Maka keseluruhan bilik tersebut perlu dispray dengan air bacaan ayat suci al-Quran.

KAEDAH 4

Bawa pesakit berjalan mengelilingi persekitaran luar dan dalam rumah. Berjalan dalam keadaan tidak terlalu tergera-gesa. Sambil berjalan cuba tanya pesakit lokasi manakah yang dilalui menyebabkan pesakit rasa takut, atau tiba-tiba fizikalnya memberi riaksi yang negatif seperti tiba-tiba pening kepala, rasa nak muntah dan lain-lain lagi.

Maka lokasi tempat yang disyaki perlulah disiasat dan diterokai. Jika perlu, dan jika mampu, maka cuba gali tempat tesebut. Jika tidak mampu digali, maka memadai tempat tersebut disiramkan atau dispray dengan air bacaan ayat suci al-Quran.

KESIMPULAN

Keempat-emapat kaedah ini tidak lebih sekadar ikhtiar sahaja untuk mengetahui dimana sihir disorokkan. Namun untuk makluman, gangguan jin tidak semestinya sihir. Boleh jadi anda mengalami masalah gangguan jin disebabkan Saka, penyakit Ain, atau gangguan jin hanya kerana mental dan fizikal anda yang lemah. Disebabkan ciri-ciri gangguan jin adalah lebih kurang sama sahaja, dan bukan senang untuk mengklasifikasikan samada seseorang itu terkena sihir,saka, penyakit ain atau faktor lain, maka tiada salah jika mencuba kaedah ini. Sekiranya anda atau keluarga anda benar-benar terkena sihir, mudah-mudahan kaedah ini mampu membantu anda untuk mencari sihir dan membatalkan sihir tersebut.

PERHATIAN : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb kami. Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363

No comments:

Post a Comment

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...