Sunday, 25 November 2018

KELUAR KETULAN ANEH SELEPAS DIRUQYAH


Seorang pesakit kami mendakwa keluar ketulan aneh yang tidak pernah dialaminya selepas menjalani rawatan ruqyah dengan kami.Beliau telah menemui doktor dan doktor tidak dapat sahkan punca sebenar.Menurutnya selepas keluar ketulan ini beliau rasa lega.

Pandangan kami Wallahua'lam.Kami tidak pasti jawapan yang tepat.Namun ini bukan kes yang pertama kami temui.Ada yang keluar ketulan darah,ada juga yang mengeluarkan objek keras.Menurut dakwaan pesakit kami yang mengalaminya,apabila objek tersebut keluar badanya rasa lega,selesa,dan lebih sihat.Maha suci Allah yang mengurniakan kesembuhan.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Like page fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr

Thursday, 22 November 2018

PERKARA GHAIB RAHSIA ALLAH

Jika kita mendengar celoteh dukun, mereka mampu menceritakan seribu satu macam kisah berkenaan alam ghaib.Apabila memperkatakan tentang alam ghaib,seorang Dukun tidak ubah seperti seorang penglipurlara.Seolah-olah dia cukup masak tentang alam ghaib.

Banyak perkara yang diperkatakan.Jin yang huni badan pesakit konon datang dari gunung,konon jin datang dari laut,konon jin keturunan bangsawan di alam ghaib,konon dalam rumah pesakit ada 3 ekor jin,konon pesakit disihir bomoh siam,konon disantau menggunakan abu mayat,dan pelbagai lagi.Inilah suatu bentuk tilikan pendustaan.

Tidak kurang juga ada yang tanpa segan silu mengaku diri konon kasyaf,boleh mengetahui rahsia ghaib.Jika mereka beriman cukuplah keimanan itu digunakan untuk bermuhasabah diri mereka sendiri tanpa perlu berusaha memahamkan orang lain kononnya mereka adalah kasyaf.

Sedangkan orang beriman cukup berhati-hati di dalam menceritakan tentang alam ghaib.Tanpa pembuktian dari alQuran,hadith dan penafsiran ulama yang alim,maka mereka tidak akan menzahirkan pandangan peribadi mereka(terhadap alam jin) sebagai suatu perkara yang dijamin benar.

Apa sahaja yang diandaikan(berdasarkan pengalaman peribadi) tentang alam ghaib tidak lebih dipegang hanya sekadar spekulasi "boleh jadi benar,boleh jadi tidak benar.Wallahua'lam."

Cukuplah ayat ini mampu membuatkan orang yang beriman gerun dan berpada-pada dengan perkara ghaib.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

{وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ}

dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri. (Al-An'am: 59).

Perhatian : Dibenarkan copy-paste dan share dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page facebook Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga dari www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Rawatan kami adalah seikhlas hati.Terpulang kepada keikhlasan anda.Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik link dibawah untuk terus Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇http://bit.ly/2JEzYgr

PERCAYA DIRI DISIHIR MENYEBABKAN PSIKOLOGI PESAKIT BERTAMBAH SAKIT


Hasil dari soal jawab dengan pesakit gangguan jin,kami dapati ramai yang menerima tekanan psikologi rentetan dipengaruhi dakwaan dari perawat.Konon dirinya disihir,ada orang khianat,orang dengki,orang tak puas hati,guna santau melalui angin,guna sihir siam,nak musnah pesakit dan keluarga,nak pisahkan pesakit dengan suami/isteri,dan sebagainya.Sedangkan gangguan jin belum tentu lagi angkara sihir.Boleh jadi sihir,saka,penyakit Ain,gangguan kerana lemah mental dan fizikal,dan pelbagai lagi.

Sewajarnya seorang perawat hentikan beri tekanan psikologi kepada pesakit dengan dakwaan-dakwaan seperti ini.Selagimana tidak menemui buhul-buhul sihir,elakkan mempengaruhi pesakit konon dirinya disihir.Hal ini tidak mendatangkan apa-apa faedahpun kepada pesakit.Bahkan akan menyebabkan psikologi pesakit bertambah sakit memikirkannya.

Kepada pesakit,elakkan mempercayai dakwaan seperti ini selagimana tiada bukti yang sahih.Banyakkan bersangka baik,memaafkan,dekatkan diri pada Allah,dan istiqamah dengan menjalani rawatan ruqyah syar'iyyah.Samada dengan cara melazimi diri dengan amalan zikir dan doa ruqyah,ataupun menjalani rawatan ruqyah syar'iyyah dengan perawat syar'ie yang berpengalaman.Wallahua'lam.

Perhatian : Dibenarkan copy-paste dan share dengan syarat dinyatakan sumber ini adalah dari page facebook Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga dari www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Rawatan kami adalah seikhlas hati.Terpulang kepada keikhlasan anda.Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik link dibawah untuk terus Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇http://bit.ly/2JEzYgr

PERSOALAN : BENARKAH TAK PERLU JUMPA PERAWAT.MEMADAI AMAL ZIKIR DAN AYAT RUQYAH SAHAJA?


Setiap pesakit mempunyai kemampuan yang berbeza-beza.Kami bahagikan pesakit kepada 3 kategori utama.Antaranya :

1) Pesakit yang mampu berdikari sendiri dalam menjalani rawatan ruqyah syar'iyyah.Mampu untuk melazimi diri dengan ruqyah mandiri.Iaitu dengan beramal zikir,wirid,dan ayat-ayat ruqyah yang mampu merawat dan melindungi diri sendiri dari gangguan jin.Ada yang sembuh hanya melalui usaha sendiri semata-mata tanpa bantuan perawat.

2) Pesakit yang masih memerlukan kombinasi antara menemui perawat berpengalaman untuk dirawat, dan juga pada masa sama masih mampu untuk menjalani rawatan ruqyah mandiri yang dilakukan sendiri bagi menstabilkan keadaan diri.

3) Pesakit yang masih memerlukan pergantungan hampir sepenuhnya dari perawat.Dia tidak mampu untuk melazimi diri dengan amalan ruqyah.Bila nak baca ayat ruqyah diri mula menggigil,kepanasan,jadi tak boleh nak baca,dan sebagainya.Pada ketika ini pesakit perlu sentiasa diruqyah oleh perawat sehingga keadaan makin stabil dan berpindah kepada kategori 2) diatas.

Oleh sebab setiap kondisi pesakit adalah tidak sama,maka disinilah menjadi keperluan seorang perawat syar'ie yang berpengalaman untuk meruqyah pesakit.Tidak wajar untuk menganggap semua pesakit adalah sama, memadai beramal sendiri sahaja.Kerana musibah sakit gangguan jin,kekuatan gangguan jin pada diri,dan kekuatan setiap pesakit adalah berbeza-beza.

Sewajarnya ahli keluarga,dan orang terdekat perlu belajar ruqyah untuk meruqyah pesakit setiap masa.Kami menyarankan adalah sebaiknya pesakit dan kaum keluarga berusaha untuk tidak terlalu bergantung pada perawat.Namun jika tiada pilihan,dan keadaan sangat memerlukan, maka perawat syar'ie yang berpengalaman masih tetap relevan untuk kemaslahatan masyarakat yang memerlulan bantuan.Wallahua'lam.

Perhatian : Dibenarkan copy-paste dan share dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page facebook Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga dari www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Rawatan kami adalah seikhlas hati.Terpulang kepada keikhlasan anda.Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik link dibawah untuk terus Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇http://bit.ly/2JEzYgr

PERAWAT HANYA MERUQYAH FIZIKAL PESAKIT,BUKAN MASUK KE ALAM GHAIB



Seberapa lama sekalipun pengalaman merawat pesakit gangguan jin,seseorang perawat hanya meruqyah pesakit pada fizikalnya sahaja.Mana mungkin mereka dapat mengetahui dengan tepat tentang rahsia alam ghaib.Kerana mereka bukan masuk ke alam ghaib berperang dengan jin.Perkara ghaib kekal sebagai rahsia Allah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

{وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ}

dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri. (Al-An'am: 59).

Manusia biasa hanya mengetahui tentang alam ghaib berkadaran dengan apa yang diceritkan didalam alQuran,Hadith,dan huraian ulama.Selebihnya pandangan peribadi perawat tentang alam ghaib tidak lebih sekadar spekulasi yang terdedah kepada betul ataupun salah.Wallahua'lam.

Perhatian : Dibenarkan copy-paste dan share dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page facebook Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga dari www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Rawatan kami adalah seikhlas hati.Terpulang kepada keikhlasan anda.Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik link dibawah untuk terus Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇http://bit.ly/2JEzYgr

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...