Thursday, 22 November 2018

PERKARA GHAIB RAHSIA ALLAH

Jika kita mendengar celoteh dukun, mereka mampu menceritakan seribu satu macam kisah berkenaan alam ghaib.Apabila memperkatakan tentang alam ghaib,seorang Dukun tidak ubah seperti seorang penglipurlara.Seolah-olah dia cukup masak tentang alam ghaib.

Banyak perkara yang diperkatakan.Jin yang huni badan pesakit konon datang dari gunung,konon jin datang dari laut,konon jin keturunan bangsawan di alam ghaib,konon dalam rumah pesakit ada 3 ekor jin,konon pesakit disihir bomoh siam,konon disantau menggunakan abu mayat,dan pelbagai lagi.Inilah suatu bentuk tilikan pendustaan.

Tidak kurang juga ada yang tanpa segan silu mengaku diri konon kasyaf,boleh mengetahui rahsia ghaib.Jika mereka beriman cukuplah keimanan itu digunakan untuk bermuhasabah diri mereka sendiri tanpa perlu berusaha memahamkan orang lain kononnya mereka adalah kasyaf.

Sedangkan orang beriman cukup berhati-hati di dalam menceritakan tentang alam ghaib.Tanpa pembuktian dari alQuran,hadith dan penafsiran ulama yang alim,maka mereka tidak akan menzahirkan pandangan peribadi mereka(terhadap alam jin) sebagai suatu perkara yang dijamin benar.

Apa sahaja yang diandaikan(berdasarkan pengalaman peribadi) tentang alam ghaib tidak lebih dipegang hanya sekadar spekulasi "boleh jadi benar,boleh jadi tidak benar.Wallahua'lam."

Cukuplah ayat ini mampu membuatkan orang yang beriman gerun dan berpada-pada dengan perkara ghaib.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

{وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ}

dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri. (Al-An'am: 59).

Perhatian : Dibenarkan copy-paste dan share dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page facebook Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga dari www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Rawatan kami adalah seikhlas hati.Terpulang kepada keikhlasan anda.Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik link dibawah untuk terus Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇http://bit.ly/2JEzYgr

1 comment:

  1. How do I get in contact with a casino agent with a
    Do I 서울특별 출장마사지 need to contact a casino agent to get 의왕 출장안마 a list of 양주 출장마사지 the casino agent for your account? For 전주 출장샵 example, if I want to have 양주 출장안마 an account with

    ReplyDelete

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...