Thursday, 22 November 2018

PERCAYA DIRI DISIHIR MENYEBABKAN PSIKOLOGI PESAKIT BERTAMBAH SAKIT


Hasil dari soal jawab dengan pesakit gangguan jin,kami dapati ramai yang menerima tekanan psikologi rentetan dipengaruhi dakwaan dari perawat.Konon dirinya disihir,ada orang khianat,orang dengki,orang tak puas hati,guna santau melalui angin,guna sihir siam,nak musnah pesakit dan keluarga,nak pisahkan pesakit dengan suami/isteri,dan sebagainya.Sedangkan gangguan jin belum tentu lagi angkara sihir.Boleh jadi sihir,saka,penyakit Ain,gangguan kerana lemah mental dan fizikal,dan pelbagai lagi.

Sewajarnya seorang perawat hentikan beri tekanan psikologi kepada pesakit dengan dakwaan-dakwaan seperti ini.Selagimana tidak menemui buhul-buhul sihir,elakkan mempengaruhi pesakit konon dirinya disihir.Hal ini tidak mendatangkan apa-apa faedahpun kepada pesakit.Bahkan akan menyebabkan psikologi pesakit bertambah sakit memikirkannya.

Kepada pesakit,elakkan mempercayai dakwaan seperti ini selagimana tiada bukti yang sahih.Banyakkan bersangka baik,memaafkan,dekatkan diri pada Allah,dan istiqamah dengan menjalani rawatan ruqyah syar'iyyah.Samada dengan cara melazimi diri dengan amalan zikir dan doa ruqyah,ataupun menjalani rawatan ruqyah syar'iyyah dengan perawat syar'ie yang berpengalaman.Wallahua'lam.

Perhatian : Dibenarkan copy-paste dan share dengan syarat dinyatakan sumber ini adalah dari page facebook Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga dari www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Rawatan kami adalah seikhlas hati.Terpulang kepada keikhlasan anda.Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik link dibawah untuk terus Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇http://bit.ly/2JEzYgr

No comments:

Post a Comment

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...