Setiap pesakit mempunyai kemampuan yang berbeza-beza.Kami bahagikan pesakit kepada 3 kategori utama.Antaranya :
1) Pesakit yang mampu berdikari sendiri dalam menjalani rawatan ruqyah syar'iyyah.Mampu untuk melazimi diri dengan ruqyah mandiri.Iaitu dengan beramal zikir,wirid,dan ayat-ayat ruqyah yang mampu merawat dan melindungi diri sendiri dari gangguan jin.Ada yang sembuh hanya melalui usaha sendiri semata-mata tanpa bantuan perawat.
2) Pesakit yang masih memerlukan kombinasi antara menemui perawat berpengalaman untuk dirawat, dan juga pada masa sama masih mampu untuk menjalani rawatan ruqyah mandiri yang dilakukan sendiri bagi menstabilkan keadaan diri.
3) Pesakit yang masih memerlukan pergantungan hampir sepenuhnya dari perawat.Dia tidak mampu untuk melazimi diri dengan amalan ruqyah.Bila nak baca ayat ruqyah diri mula menggigil,kepanasan,jadi tak boleh nak baca,dan sebagainya.Pada ketika ini pesakit perlu sentiasa diruqyah oleh perawat sehingga keadaan makin stabil dan berpindah kepada kategori 2) diatas.
Oleh sebab setiap kondisi pesakit adalah tidak sama,maka disinilah menjadi keperluan seorang perawat syar'ie yang berpengalaman untuk meruqyah pesakit.Tidak wajar untuk menganggap semua pesakit adalah sama, memadai beramal sendiri sahaja.Kerana musibah sakit gangguan jin,kekuatan gangguan jin pada diri,dan kekuatan setiap pesakit adalah berbeza-beza.
Sewajarnya ahli keluarga,dan orang terdekat perlu belajar ruqyah untuk meruqyah pesakit setiap masa.Kami menyarankan adalah sebaiknya pesakit dan kaum keluarga berusaha untuk tidak terlalu bergantung pada perawat.Namun jika tiada pilihan,dan keadaan sangat memerlukan, maka perawat syar'ie yang berpengalaman masih tetap relevan untuk kemaslahatan masyarakat yang memerlulan bantuan.Wallahua'lam.
Perhatian : Dibenarkan copy-paste dan share dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page facebook Rawatan Islam Pulau Pinang dan juga dari www.rawatanislampulaupinang.blogspot.com
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Rawatan kami adalah seikhlas hati.Terpulang kepada keikhlasan anda.Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik link dibawah untuk terus Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇http://bit.ly/2JEzYgr
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Rawatan kami adalah seikhlas hati.Terpulang kepada keikhlasan anda.Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya klik link dibawah untuk terus Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇http://bit.ly/2JEzYgr
No comments:
Post a Comment