Wednesday, 28 February 2018

Pandangan Mufti : Amalan Perbomohan Atau Jampi Dalam Masyarakat


PANDANGAN MUFTI : AMALAN PERBOMOHAN DAN JAMPI


                                            
Klik page fb kami   : Rawatan Islam Pulau Pinang 
Whatsapp                : 011-10145363
_____________________________________________________________
Oleh : Dato' Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Perlis
Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari www.al-qayyim.net
Sumber : http://darulkautsar.net


Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh.

1) Amalan perbomohan atau jampi dibenarkan dalam Islam dan syarat-syaratnya.


Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitkan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi, termasuk menyuruh isteri Baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, Baginda menyuruh berjampi dengan katanya, “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah”. Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang diketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendak pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu. Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang disebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”.

Namun, suka diingatkan bahawa kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya menumpukan persoalan jampi semata-mata, kerana perubatan moden dan pengetahuan perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah. Bahkan penulis melihat pada zaman ini tuntutan perubatan moden lebih besar jauh berkali ganda dari kerja-kerja jampi yang tidaklah begitu utama jika dilihat kepada syighah (bentuk ungkapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu perubatan moden adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman Baginda Nabi s.a.w. sendiri perubatan zahir ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-medan perang, kebanyakannya diubati secara fizikal. Nabi s.a.w sendiri mendapatkan khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar perubatan Arab, sekalipun dia bukan seorang muslim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini menunjukkan keharusan menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi Islam. Apa yang penting ia menunjukkan kepentingan perubatan secara lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan perubatan secara Islam, seperti yang sesetengah golongan agama salah fahamkan orang awam.

2) Amalan yang giat berjalan dalam masyarakat kita sekarang.

Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi – yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam – telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam? Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat Baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, Baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”

Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi empangan air minuman supaya masyarakat umum mendapat hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah.

Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang mendapat jodoh. Jika yang dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu proses kecantikan lalu kecantikan itu menawan hati orang lain untuk meminangnya, itu ada lojiknya. Namun mempercayai ia menyebabkan Allah membawa jodoh datang kepada seseorang adalah dusta kepada Allah. Mereka akan berkata, “Kita usaha, Allah yang akan berikan”. Kita ingin bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini dengan kamu? Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali. Apakah pengamal perubatan ini menerima wahyu dari Allah sehingga boleh membuat dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah berdusta menggunakan nama Allah. Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 33:

(maksudnya) “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”.

Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu syirik kecil. Walaupun namanya kecil, namun adalah syirik, dosanya amat besar yang boleh membawa kepada syirik besar. Namun jika dia percaya bunga itu sendiri menolak bala dan mendatangkan jodoh maka itu adalah syirik besar yang membatalkan iman.

3) Hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan bomoh.

Pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini seperti langit mendung, kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan gagal dalam peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir adalah salah dan membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang ghaib melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah kepada baginda dalam Surah al-‘Araf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih).

Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan ramalan mereka hanya membawa kepada permusuhan dan pecah belah. Inilah misi syaitan.

Tuesday, 27 February 2018

HUKUM PELARIS DIDALAM PERNIAGAAN


HUKUM PELARIS DIDALAM PERNIAGAAN



                            

SOALAN :

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai amalan pelaris yang diamalkan ramai peniaga seperti restoran, kedai runcit dan sebagainya. Disamping mengadakan solat hajat dan amal ibadat lain untuk tujuan mendapat rahmat dalam mencari rezeki melalui perniagaan, ada yang meletakkan beberapa jenis benda fizikal seperti besi, duit syiling, beras, garam, gula dan sebagainya di premis perniagaan. Sebab sebenar alatan ini digunakan adalah samar bagi saya.Ada yang menggunakan alasan bahawa alatan tersebut adalah simbol semata-mata dan rahmat dan kejayaan perniagaan adalah kehendak mutlak Yang Maha Esa. Ada yang memberi contoh; seperti ubat-ubatan doktor adalah simbol sahaja sedangkan sakit hanya dapat diubati jika Allah S.W.T mengizinkan. Ada yang menggunakan contoh Nabi Musa yang membelah lautan dengan tongkatnya, iaitu bukan tongkat yang membelah laut tetapi izin Allah yang menyebabkan laut terbelah. Jadi kesimpulannya ialah alatan seperti besi, syiling dan lain-lain. Adalah simbol semata jadi tidak salah untuk diletakkan di premis perniagaan disamping itu memperbanyakkan ibadat memohon restu dari tuhan untuk kejayaan.Soalan saya ialah, apakah pendapat dari segi hukum mengenai penggunaan alatan tersebut jika dalam hati tetap percaya bahawa semua adalah dengan izin Allah SWT.?

JAWAPAN :
Khurafat sekiranya mempercayai sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan atau kebaikan, seperti yang kita maklum dengan berusaha sahaja Allah S.W.T akan mengizinkan sesuatu itu dengan kehendaknya.Sekiranya kita mempercayai benda lain selain kuasa Allah, ditakuti boleh merosakkan aqidah kita sebagai umat Islam.Adalah lebih baik sekiranya mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan dijadikan doa dalam kehidupan seharian. Ini kerana ayat-ayat al-Quran telah jelas dan mencukupi kehebatannya tanpa perlu di tokok tambah dengan sesuatu perkara atau benda untuk dijadikan simbol atau alat yang kononnya dapat memberi keuntungan.

Disediakan oleh : Jabatan Mufti Negeri Selangor
Sumber: http://www.muftiselangor.gov.my/en/faith#faqnoanchor

_____________________________________________________
Like fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp : 011-10145363

BEDAH BATIN, KAEDAH PERUBATAN YANG DIRAGUI

BEDAH BATIN, KAEDAH PERUBATAN YANG DIRAGUI

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 391 (22 SEPTEMBER 2016 M / 20 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih tuan atas ruang yg diberikan. Soalam saya adalah:

Apakah Hukum berubat dengan cara Bedah Batin? Terdapat kemusykilan kerana perawat ketika merawat meminta pesakit supaya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi kaedah rawatannya iaitu bedah secara batin dikatakan bercanggah dengan Syarak kerana menggunakan bantuan Jin.

Harap tuan dapat menjelaskan tentang kemusykilan ini.

Sekian terima kasih

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Perubatan bedah batin ini diragui perbuatannya dan setakat ini dikenalpasti melibatkan penipuan dan khurafat. Pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengeluarkan satu Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam menyatakan bahawa amalan bedah batin ini adalah dilarang dan tidak dibenarkan beramal kerana melibatkan pertolongan jin, dan fitnah. Rujuk http://www.muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.pdf

Kami bersetuju dengan pendapat tersebut dan sebaiknya masyarakat mengelakkan diri daripada mempercayai dan menggunakan khidmat bedah batin ini.

Wallahua’lam.

Sumber          : Facebook Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Like fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp     : 011-10145363

BAGAIMANA MERAWAT ISTERI DISIHIR?

AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI KE - 557: BAGAIMANA MERAWAT ISTERI DISIHIR?

Like page fb kami       : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp                     : 011-10145363
Dipetik dari facebook : Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Soalan:
Isteri saya terkena sihir. Bagaimanakah untuk mengubatinya?

Jawapan:
Untuk tujuan pengubatan sihir, terdapat beberapa kaedah yang ditunjukkan dalam hadis Nabi SAW. Kami cuma menukilkan daripada hadis-hadis dan selebihnya hendaklah bertanya kepada pakar yang diiktiraf seperti Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'), Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dan lain-lain.

Secara asasnya, antara kaedah yang boleh dilakukan bagi merawat sihir adalah:

- Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya.[1]

- Membaca Ayat al-Kursi[2]

- Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas

- Mengusap ke bahagian sakit dengan tangan sambil membaca [3]
أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

- Membaca doa berikut sebanyak 3 kali [4]
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

- Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada pesakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.[5]

Selain itu, boleh juga membaca ayat-ayat al-Qur’an lain yang diketahui boleh mengubati sihir seperti

مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ

Al-Qur’an itu sendiri sifatnya adalah penyembuh dan apa-apa sahaja ayat al-Qur’an yang sesuai selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, boleh digunakan untuk rawatan sebagaimana fatwa Syeikh Abdullah bin Abd al-Rahman al-Jibrin yang turut sependapat dengan fatwa Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Ibn Uthaimin, Syeikh Abd al-Muhsin Abikan dan lain-lain dalam hal ini.[6] Pada pandangan kami, rujuklah mereka yang berkeahlian dalam bidang ini untuk mendapatkan ayat-ayat yang sesuai dibaca

Setelah sembuh, pesakit hendaklah dinasihatkan supaya menjaga beberapa perkara yang berkaitan hubungan dengan Allah SWT:

- Solat berjemaah
- Mentaati kedua ibu bapa
- Memperbanyakkan solat sunat
- Puasa
- Membaca al-Qur’an [7]
_______________________________________

[1] Ini berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5736
[2] Ini berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4723
[3] Ini berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5750
[4] Ini berdasarkan hadis Riwayat Ibn Majah, no. 3523
[5] Ini berdasarkan hadis Riwayat Abu Daud, no. 3885
[6] http://www.ibn-jebreen.com/fatwa/vmasal-10072-.html
[7] Kaifa Tu’alij Maridhaka bi al-Ruqyah al-Syar’iyyah, hal.27

_______________________________________

Monday, 26 February 2018

PERBOMOHAN MERUNTUHKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Amalan perbomohan tidak dapat dipisahkan dengan tilikan. Sedangkan tilikan dilarang didalam Islam. Sabda rasulullah s.a.w, "Barangsiapa menggauli wanita yang tengah haid atau (menggauli) dari duburnya, atau mendatangi dukun lalu ia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah mengingkari apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w."(Hadith Saheh Riwayat Darimi).

Biasanya bomoh melakukan tilikan untuk mendakwa dan menfitah sesiapa sahaja mengikut firasatnya, dan mengikut bisikan syaitan pada jiwa dan akal fikirannya. Kesannya akan meruntuhkan institusi kekeluargaan, hubungan kejiranan dan kemasyarakatan.

Penulis berpengalaman berhadapan dengan pelbagai jenis pesakit yang mempunyai pelbagai latar belakang kisah.Ada kes suami berjumpa bomoh lalu membenarkan dakwaan bomoh, kononnya si isteri telah melakukan sihir kepadanya.Akhirnya si suami menceraikan isteri atas saranan bomoh. Ada kejadian dimana keluarga di pihak perempuan bertemu bomoh, bomoh mendakwa ibu pihak lelaki yang hendak dikahwini ada membela jin.Akhirnya rancangan perkahwinan pasangan ini terpaksa dibatalkan.Hanya kerana keluarga perempuan suka jumpa bomoh dan mempercayai dakwaan bomoh.

Terdapat juga kes dimana mertua telah menemui bomoh,lalu bomoh melakukan fitnah kononnya menantunya telah melakukan sihir terhadapnya. Oleh kerana terlalu mempercayai dakwaan bomoh akhirnya bapa mertua telah mengharamkan menantunya dari balik ke rumahnya. Pernah berlaku kejadian dimana pesakit bertemu bomoh, lalu bomoh mendakwa pesakit telah disihir oleh tunang sendiri sehingga akhirnya pasangan ini bergaduh teruk.

Kita dapat lihat bagaimana watak dan sifat kemanusiaan seseorang akan berubah sekelip mata, bahkan mampu berkelakuan kejam.Hanya kerana mempercayai dakwaan bomoh. Maka berjayalah syaitan untuk memecah belahkan umat manusia.Hari ini betapa ramainya masyarakat kita masih bergelumang dengan amalan bomoh, tukang tilik, bahkan beriman dengan dakwaannya.Kononnya si bomoh mampu mengetahui siapakah angkara yang menyihir pesakit. Perawat Islam tidak sesekali akan dakwaan mampu mengetahui siapakah yang sihir mangsa.

Lihatlah betapa jahatnya peranan bomoh untuk memutuskan hubungan silatulrahim sesama manusia. Masyarakat yang hidup didalam kejahilan, dan berterusan bergelumang didalam amalan perbomohan akan terus hanyut dengan dosa kesyirikan. Bahkan mereka akan berterusan menfitnah orang sekeliling mereka. Hanya kerana mempercayai dakwaan bomoh.

Sebab itulah nabi s.a.w melarang keras umatnya bertemu dukun ataupun bomoh yang gemar melakukan tilikan. Bahkan baginda melarang keras umatnya dari mempercayai dakwaan mereka. Kerana sesungguhnya mereka adalah pendusta yang mampu meruntuhkan institusi kekeluargaaan dan masyarakat.

Dari 'Aisyah dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah s.a.w, bahawa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda nabi s.a.w: "Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan."(Hadith saheh riwayat Muslim).

Nukilan : Admin page Rawatan Islam Pulau Pinang
Like page fb : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp : 011-10145363


Sunday, 25 February 2018

BOMOH YANG ANDA TEMUI BERPOTENSI MENYIHIR ANDA.

Sebahagian bomoh yang bergelumang dengan syaitan telah mengalami krisis kejiwaan yang serius .Mereka akan mempercayai setiap bisikan syaitan didalam naluri jiwa dan akal fikiran mereka. Sebenarnya bomoh sama sahaja seperti pesakit gangguan jin,iaitu mereka mengalami krisis kejiwaan disebabkan oleh ganggguan jin terhadap jiwa dan akan fikirannya.Mereka juga merupakan pesakit gangguan yang perlu diruqyah sehingga pulih dari masalah gangguan jin. Malangnya mereka selesa bergelumang dengan jin yang menguasai jiwa, dan akal fikiran mereka. Didalam ilmu psikiatri, masalah kejiwaan(merujuk kepada pesakit gangguan jin) dikategorikan sebagai Neurosis, bahkan lebih parah lagi Psikosis. 

Kesan gangguan jin pada seorang bomoh adalah akan menyebabkan berlaku hasutan pada jiwa dan akal fikirannya.Dimana seorang bomoh akan mendengar bisikan syaitan terhadap jiwanya, dan akal fikiranya. Sama seperti yang berlaku terhadap pesakit.Contohnya,  syaitan akan membisikkan kepadanya kononnya pesakit telah disihir oleh jirannya. Akhirnya dia menyampaikan kepada pesakit.Natijah pesakit yang mempercayai dakwaan bomoh akan memutuskan silatulrahim dengan jiran tetangganya.

Lebih parah lagi, seorang bomoh yang mengalami krisis kejiwaan yang serius disebabkan gangguan jin/syaitan pada akal dan jiwanya, akan turut bersangka buruk pada mana-mana pesakit yang dirawatnya. Syaitan akan membisikkan pendustaan pada jiwanya, ataupun pada firasatnya, kononnya pesakit tersebut bakal memberi ancaman pada dirinya.

Untuk mempertahankan diri dari diancam akhirnya bomoh akan melakukan perbuatan sihir dan khianat terhadap pesakitnya tanpa sebab yang munasabah. Pesakit yang asalnya datang untuk meminta bantuan bomoh akhirnya dizalimi oleh bomoh itu sendiri disebabkan syaitan telah melakukan fitnah pendustaan terhadap pesakit.

Seorang bomoh yang telah dikuasai oleh syaitan/jin akan mempercayai setiap firasatnya.Sedangkan sifat syaitan adalah pendusta dan tidak boleh dipercayai. Mana-mana pesakit menermuinya berisiko dirasakan bakal memberi ancaman kepada dirinya.Kerana rasa diancam oleh sebab diperdaya oleh bisikan syaitan, akhirnya bomoh ini akan turut menyihir pesakit.

Ini adalah kisah benar. Ada yang diancam oleh bomoh dengan pelbagai ugutan tanpa sebab-sebab yang munasabah. Tidak kurang juga yang sering menerima ugutan melalui telefon dan whatsapp. Bahkan ada bomoh yang menabur fitnah terhadap pesakit kepada kaum keluarga pesakit yang turut menemui bomoh yang sama.

Apabila anda berjumpa bomoh, beerti anda meletakkan diri anda didalam risiko yang merbahaya. Kerana seorang bomoh berisiko mempunyai krisis kejiwaan yang serius oleh kerana terlalu menurut hawa nafsu, dan kata hati yang telah dikuasai oleh syaitan.Syaitan berpotensi untuk memfitnah anda sehingga bomoh akan merasai anda sebenarnya sedang memberi ancaman kepadanya. Lebih parah lagi dia akan berusaha untuk menghapuskan anda walaupun anda tidak pernah menyakitinya. Semuanya disebabkan oleh krisis kejiwaan yang dialaminya, oleh kerana terlalu mempercayai bisikan syaitan didalam diri.

Nukilan.        : Admin page Rawatan Islam Pulau Pinang
Like page fb : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp    : 011-10145363

PROSES KESEMBUHAN YANG BERTERUSAN

Bagi pesakit gangguan yang kritikal, pesakit perlu berada pada situasi 1. Iaitu pesakit perlu menjalani rawatan secara berkala dengan perawat berpengalaman. Contohnya 1-2kali sebulan jumpa perawat untuk diruqyah. Balik dari sesi rawatan, pesakit juga perlulah mengamalkan ruqyah mandiri(meruqyah diri sendiri), disamping keluarga juga perlu sentiasa meruqyah pesakit setiap masa.

Bagi pesakit gangguan tahap sederhana, Situasi 1,2 dan 3 adalah situasi yang disarankan untuk pesakit. Jika tidak mahu berjumpa perawat, sekurang-kurangnya ada orang terdekat yang boleh  meruqyah pesakit setiap masa, disamping pesakit perlu juga mengamalkan ruqyah mandiri.

Situasi 4 cukup berisiko, iaitu pesakit tidak menemui perawat, keluarga pula tidak membantu untuk meruqyah pesakit dengan bacaan ayat-ayat suci alquran. Pesakit hanya melakukan ruqyah untuk diri sendiri semata-mata. Hal ini berisiko kerana  dibimbangi pesakit tiada kekuatan mengatasi gangguan jin yang dihadapinya

Thursday, 22 February 2018

MUNTAH KELUAR JARUM?KAMI TANYA, ANDA JAWAB.

PERSOALAN KELUAR OBJEK KASAR DARI BADAN PESAKIT.ANDA YANG KENA JAWAB DENGAN JUJUR.

Ramai bertanya kami persoalan betul ke ada pesakit muntahkan sihir sehingga keluar objek kasar seperti paku, kaca, pisau cukur atau jarum. Untuk makluman, kami telah merawat ramai pesakit. Kami tidak pernah temui walaupun sekali kes pesakit muntah sehingga keluar objek kasar seperti paku, pisau cukur,jarum dan juga kaca. Cuma dua soalan kami hendak ajukan kepada yang inginkan jawapan.

PERTAMA:
Adakah anda benar-benar nampak objek tersebut memang keluar dengan jelas dari anggota badan pesakit?Atau anda hanya ditunjukkan oleh perawat objek tersebut telah tersedia ada didalam bekas muntah.

KEDUA :
Sekiranya anda adalah pesakit, semasa anda mengalami muntah, adakah anda memang merasai seperti ada sesuatu objek(paku,kaca,jarum,pisau cukur)di dalam mulut anda? Atau anda hanya menyaksikan kemunculan objek tersebut didalam plastik yang anda muntah setelah ditunjukkan oleh perawat?

Tanyalah diri masing-masing.Mudah-mudahan dua persoalan ini dapat menjawab kekeliruan yang sering bermain di akal fikiran kita selama ini. Wallahua'lam.
Like fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp perawat : 011-10145363

Wednesday, 21 February 2018

ADAKAH KELUAR KACA, PAKU, PISAU CUKUR DARI BADAN MAMPU TERJADI?

Like page fb : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp     : 011-10145363
____________________________________________________________

Admin telah merawat ramai pesakit gangguan jin. Pelbagai bentuk watak yang muncul apabila pesakit kerasukan. Tempoh masa rawatan bergantung kepada kekuatan jin. Ada yang kurang dari 5minit pesakit kembali normal, ada juga sampai melebihi 2jam proses rawatan.

Namun sepanjang pengalaman admin meruqyah ramai pesakit, tidak pernah walaupun sekali admin mengalami peristiwa mencarik adat seperti pesakit muntah keluar objek kasar seperti paku, kaca, pisau cukur,dan seumpanya .

Admin pernah bertanya guru yang pernah mendidik admin, iaitu Ustaz Eri Abdul Rohim. Beliau juga tidak pernah berhadapan situasi tersebut. Admin turut berbincang dengan pengerusi dan perawat-perawat Pusat Rawatan Islam Darul Abrar yang mengamalkan kaedah rawatan Islam,Ruqyah Syar'iyyah. Kesemua perawat disana juga tidak pernah alaminya

Sekadar berkongsi pengalaman peribadi kami yang mengamalkan kaedah rawatan Islam Ruqyah Syar'iyyah.Ini adalah pengalaman peribadi kami semata-mata.Jadi yang sering jadi bualan orang,dapat lihat perawat mampu keluarkan objek kasar dari badan pesakit tu bagaimana?? Wallahua'lam.Kami tidak pernah alaminya walaupun telah meruqyah ramai pesakit gangguan jin.



Tuesday, 20 February 2018

GANGGUAN JIN PADA DIRI, ATAU RUMAH?

Terdapat pelbagai bentuk gangguan Jin :
1)Diri.
2)Tempat.
3)Diri dan tempat.

1)Diri.
Gangguan pada diri seperti saka,sihir,santau.Biasanya orang terkena gangguan pada diri sendiri akan sentiasa diganggu sekalipun dia berhijrah ke Jepun.Walaupun dia menyorok ke hujung dunia,gangguan ini tetap menghantui dirinya.Proses memagar rumah dengan ayat-ayat ruqyah biasanya tidak banyak membantu proses pemulihan.Kerana gangguan tersebut bukanlah berpunca dari rumah,tapi berpunca pada dirinya.

Cara pemulihan adalah terapi ruqyah kepada diri pesakit.Bentuk gangguan seperti ni biasanya tidak mampu beri kesan gangguan pada tempat yang dihuni pesakit.Proses membersihkan Jin dari badan pesakit juga tidak akan menyebabkan lokasi rawatan(rumah pesakit/perawat)jadi berhantu.

2)Tempat.
Gangguan pada tempat biasanya seperti rumah kosong,hutan,rumah yang tidak berpenghuni,rumah yang mempunyai saka/barang peninggalan lama seperti keris, tombak, dan juga rumah yang telah disihir. Untuk mengesan gangguan jin pada rumah adalah seseorang itu  hanya rasa sakit, tidak selesa, atau terganggu hanya apabila berada di rumah tersebut sahaja.Dirinya akan menjadi normal jika tidak berada di rumah tersebut.

Gangguan pada tempat boleh dipulihkan(halau Jin) jika lokasi tersebut sentiasa diruqyah,dijadikan tempat ibadah,sentiasa dibaca ayat alQuran,zikir, sentiasa diazankan dan dihuni manusia.

3)Diri dan tempat.
Namun kombinasi antara gangguan pada diri pesakit dan juga gangguan pada tempat yang dihuni akan menyebabkan mangsa menjadi bertambah parah.Contohnya seseorang yang mempunyai sejarah kena gangguan akan lebih mudah diserang Jin jika dia ke hutan,rumah kosong,atau ke tempat yang telah ditanam sihir.

Disediakan oleh : Admin Page Rawatan Islam Pulau Pinang.

ZIKIR UNTUK HINDARKAN DIRI DARI GANGGUAN JIN FASIK/JIN KUFUR(SYAITAN)


ZIKIR UNTUK HINDARKAN DIRI DARI GANGGUAN JIN FASIK/JIN KUFUR(SYAITAN)




Rasulullah s.aw telah bersabda: "Barang siapa yang membaca laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qodir (Tidak ada ilah (yang berhaq disembah) selain Allah Yang Maha Tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) sebanyak seratus kali dalam sehari, maka baginya mendapatkan pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, ditetapkan baginya seratus hasanah (kebaikan) dan dijauhkan darinya seratus keburukan dan baginya ada perlindungan dari (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat lebih banyak mengamalkan (membaca) dzikir ini".

Hadith Saheh, riwayat Bukhari [ No.3050 ]

Like page fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang
Hubungi kami       : 011-10145363

CIRI-CIRI RAWATAN ISLAM

CIRI-CIRI RAWATAN ISLAM, RUQYAH SYAR’IYYAH.


1.Perawat TIDAK akan melakukan tilikan. Contohnya dakwa konon mengetahui siapakah orang yang telah sihir pesakit.

2.Perawat TIDAK akan melakukan bedah batin.

3.Perawat TIDAK akan dakwa kasyaf/mampu lihat perkara ghaib. Contohnya dakwa konon mampu melihat jin didalam badan/rumah pesakit.

4.Perawat TIDAK akan dakwa konon mampu memindahkan jin. Contohnya membuat dakwaan ghaib kononnya jin didalam badan pesakit telah berjaya dibuang ke laut/sungai/gunung/bukit.

5.Perawat TIDAK akan melakukan ramalan masa hadapan/masa lalu.

6.Perawat TIDAK akan menggunakan sesuatu peralatan yang dikaitkan dengan pemujaan seperti keris, kain kapan, rambut dan lain-lain lagi.

7.Perawat TIDAK akan guna asap kemenyan, tembakau,atau colok sebagai perantaraan.

8.Perawat TIDAK akan mengenakan bayaran yang tidak munasabah sehingga hilang maksud “tolong-menolong” . Contohnya mengenakan bayaran sebanyak RM300,RM500, RM2000 atau RM5000 konon untuk membuang saka, konon untuk melepaskan ikatan sihir, atau konon sebagai syarat pengeras untuk sembuh.

9.Perawat Islam biasanya hanya melebihkan bacaan ayat-ayat suci al-quran dan juga doa berbanding dari melakukan perkara-perkara lain sepanjang proses rawatan.

                               

                                              Rawatan Islam Pulau Pinang
                                                     H/P : 011-10145363
                                    Page Fb : Rawatan Islam Pulau Pinang

Like page kami. Segala perkongsian tips penjagaan , amalan ruqyah lindung diri, dan juga info berkaitan masalah gangguan jin akan setiasa dikemaskini di page facebook kami.

Monday, 19 February 2018

DOA SUPAYA SYAITAN LARI SEMASA KELUAR RUMAH

DOA SUPAYA SYAITAN LARI SEMASA KELUAR DARI RUMAH.

Dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu berkata: "Sesungguhnya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bila seseorang keluar dari rumahnya, lalu ia membaca:


بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ


"Dengan nama Allah, aku bertawakkal hanya kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah."

Maka dikatakan padanya: "Engkau telah mendapat petunjuk, engkau tercukupi dan engkau telah terjaga (terbentengi)," sehingga para setan lari darinya. Setan yang lain berkata: "Bagaimana urusanmu dengan seseorang yang telah mendapat petunjuk, tercukupi, dan terbentengi?!" (Hadith Saheh Riwayat Abu Dawud no. 4431)

SAINS VS PERKARA GHAIB

Jangan guna sains untuk menafikan perkara ghaib.

         Adalah suatu mustahil sains boleh rungkai perkara ghaib. Contohnya syaitan berjalan didalam tubuh manusia melalui saluran darah(hadith saheh Riwayat Bukhari), mati berlaku apabila roh ditarik keluar dari jasad oleh malaikat maut(nas alQuran), Jin Qarin ada dalam didalam tubuh setiap manusia(hadith saheh riwayat Muslim),nabi meruqyah sahabat yang dimasuki syaitan dengan menyebut, "keluar wahai musuh Allah"(sirah nabi saheh riwayat Ibnu Majah), kerasukan manusia disebabkan oleh hasutan syaitan( al-Baqarah ayat 275:Baca tafsir Ibnu Katsir pada ayat ini) dan banyak lagi.

         Jika logik sains "tiada upaya lansung" untuk menafsir perkara ghaib, maka janganlah gunakan sains sebagai neraca untuk mengukur perkara ghaib. Kalau tanya doktor pun, punca kematian sebab jantung berhenti. Kajian ini kita tak nafi, memang betul pun mati sebab jantung berhenti. Tapi apabila wujud pembuktian sains seperti ini, bukanlah bermakna sesuatu yang gagal sains buktikan(perkara ghaib) didalam situasi kematian akan menjadi salah dan perlu ditolak.

-Rawatan Islam Pulau Pinang-

Friday, 16 February 2018

ILMU SIHIR AMALAN SYAITAN

Ramai masyarakat melayu terdedah dengan amalan sihir untuk perniagaan, perlindungan rumah, naik seri wajah, dan pelbagai lagi. Berhati-hati. Syirik dosa besar yang tidak diampunkan Allah. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Like page fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang
Hubungi kami       : 011-10145363

DAKWA SERING NAMPAK HANTU.

Ini adalah kisah benar. Kejadian ini berlaku di kawasan perumahan penulis. Seorang pengawal keselamatan mendakwa sering melihat hantu semasa beliau  bertugas pada waktu malam. Hal ini sedikit sebanyak mendatangkan kegelisahan dari kalangan rakan setugas yang lain dan juga penghuni perumahan kami.Tapi bila tanya rakan setugas yang lain mereka dakwa tak nampak. Hanya beliau seorang sahaja yang nampak hantu.Sebenarnya ini merupakan suatu petunjuk.heh heh..

Untuk menguatkan lagi firasat yang boleh jadi betul, boleh jadi tersasar maka penulis bertanya beliau samada hantu itu pernah tak ganggunya dari dekat. Seperti dijangka menurutnya ada beberapa kali hantu tersebut ganggunya semasa sedang tidur di pondok pengawal keselamatan(kantoi tidur waktu bertugas). 

Petanda yang diperolehi ini amat membantu penulis untuk merungkai persoalan yang menghantui pengawal keselamatan di perumahan kami .Petanda pertama, hanya dia sahaja yang sering  nampak hantu. Petanda kedua, dia pernah diganggu hantu tersebut semasa tidur waktu bertugas.

Ini membuktikan bukan kawasan perumahan kami yang berhantu. Sebaliknya beliau yang mengalami masalah gangguan jin. Setelah disiasat lebih terperinci beliau memang ada sejarah kena gangguan. Beliau merupakan seorang duda(krisis rumahtangga yang serius sering terjadi kepada pesakit gangguan,bahkan bukan sedikit yang berakhir dengan penceraian).

Akhirnya penulis  meruqyah beliau dengan ayat-ayat suci alQuran. Semasa diruqyah beliau jadi  kerasukan, dan muntah-muntah. Alhamdulillah selepas dari kejadian tersebut beliau tidak lagi mengadu nampak hantu berkeliaran di persekitaran perumahan kami.

p/s-Kalau gangguan Jin ada pada diri, lari ke Amerika pun masih lagi nampak hantu. Bukan tempat yang berhantu, sebaliknya diri yang perlu dirawat sehingga sembuh.

Nukilan                   : Perawat page fb Pusat Rawatan Islam Pulau Pinang.
Like page fb kami  : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp                : 011-10145363

CIRI-CIRI DISIHIR & GANGGUAN JIN



                                      


CIRI-CIRI DISIHIR & GANGGUAN JIN :

1. Sukar tidur malam.
2. Sering mimpi binatang buas seperti ular dan anjing.
3. Sering mimpi yang menakutkan dan pelik.
4. Sering mimpi jatuh cinta pada seseorang tidak dikenali.
5. Sering sakit sendi, sering sakit perut rasa bergerak dari dalam, rasa berat bila hendak berjalan.
6. Rumahtangga sering tidak tenteram.Bila jauh rindu, bila dekat rasa benci. Perkara kecil akan diperbesarkan.
7. Tiada nafsu pada pasangan.
8. Sering rasa sakit belakang, dan pinggul.
9. Sering berhalusinasi.Nampak dan dengar perkara ghaib.
10. Rasa ingin bunuh diri.
11. Sering rasa sedih tanpa sebab.Rasa hidup tidak berguna.
12.Sakit datang hanya pada waktu yang sama sahaja.Contohnya selepas asar,waktu pagi,atau selepas isya'.
13. Biasanya sukar sembuh sekiranya sakit.
14. Sering mengalami angin, sendawa.
15. Sering sakit dan pening kepala.
16. Sering bermimpi berada di tempat tinggi dan terasa gayat.
17. Was-was yang melampau-lampau.
18. Berat untuk menunaikan solat sehingga sering melewat-lewatkan solat.
19. Sering mengantuk(ada juga yang sendawa) apabila membaca ayat suci al-quran ataupun semasa mendengar bacaan al-quran dari orang lain.


JIKA ANDA MEMPUNYAI LEBIH 2 DARI SENARAI DIATAS, MAKA ANDA MEMENUHI CIRI-CIRI DIGANGGU JIN. DISARANKAN DAPATKAN RAWATAN RUQYAH SYAR'IYYAH UNTUK SAHKAN KONDISI ANDA.SAMADA ANDA ADALAH MANGSA GANGGUAN JIN ATAU TIDAK.

🔴WHATSAPP                : 011-10145363
🔴LIKE PAGE FB KAMI  : Rawatan Islam Pulau Pinang


ps : Bukan semua krisis rumah tangga berpunca dari sihir. Namun MAJORITI mangsa sihir dan gangguan jin akan menghadapi krisis rumah tangga yang serius.

🌸Surah al-Baqarah[102]:"....Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu SIHIR yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya..."

Rawatan Islam Penyakit Misteri, Sihir, Gangguan Jin, Saka, Ilmu Hitam, Badi, Susuk, Santau

Rawatan Islam Penyakit Misteri,Sihir, Gangguan Jin, Saka, Ilmu Hitam, Badi, Susuk, Santau.


Selain menyasarkan aktiviti rawatan di sekitar Pulau Pinang, dan juga kepada pesakit di Utara Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan khidmat rawatan Islam, tujuan penubuhan Blog Rawatan Islam Pulau Pinang adalah untuk memberi pendedahan kepada seluruh umat Islam betapa pentingnya memilih kaedah rawatan alternatif yang berpandukan Islam.

Insyaallah dari masa ke semasa kami akan sentiasa berkongsi panduan-panduan asas untuk membezakan antara rawatan berpandukan Islam, Ruqyah Syar'iyyah dengan rawatan yang bertentangan dengan Islam(Perbomohan syirik). Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan untuk disalin atau dicetak untuk disebarkan kepada umum dengan syarat wajib meletakkan kredit sumber yang diperolehi dari blog ini.

Perawat kami merupakan seorang perawat yang berpengalaman mengendalikan pebagai masalah gangguan jin seperti sihir, saka, penyakit Ain, dan lain-lain lagi. Selain itu juga perawat turut pernah mengikuti kursus rawatan Islam melalui perawat-perawat yang berpengalaman seperti Ustaz Eri Abdul Rohim, Ustaz Perdana, dan turut menyertai kursus rawatan Islam yang dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Abrar di Pasir Puteh,Kelantan. Bagi pesakit yang berada di Pulau Pinang, atau sekitar Utara boleh dapatkan sesi rawatan di Perai, Pulau Pinang. Sila hubungi 011-10145363 untuk keterangan lanjut.

Follow kami di page fb : Rawatan Islam Pulau Pinang

BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...