Thursday, 29 March 2018

MENTERA FILEM SICCIN. SUATU PENCERAHAN.


Ada yang bertanya saya benarkah jampi mentera dalam filem ini menyebabkan penonton boleh terkena sihir. Dia merujuk kepada suatu artikel di fb yang menjadi viral beberapa hari ini. Luahan penonton tersebut yang menjadi viral di alam maya ada saya baca. Apabila membaca tulisannya,saya amati satu persatu gaya penulisannya untuk cuba memahami dirinya.

Saya menyakini dia jadi macam tu sebab dia mengalami masalah Neorosis yang teruk.Tapi belum sampai tahap Psikosis. Jadi orang mcm dia cukup senang untuk dipengaruhi dengan sesuatu yang menakutkan seperti menonton filem seram. 

Saya berspekulasi mungkin dia terlalu ikutkan perasaan bila menonton. Bukan sebab mantera tu.Jin ada dimana-mana. Bila mental dah lemah, masa tu jin jns syaitan senang menguasainya. Mungkin dia juga ada sejarah masalah gangguan.Ini persepsi awal(50-50) saya terhadap dirinya. 

Ditakdirkan Allah, tanpa saya mencari, ada seorang sahabat kongsikan satu link tentang cerita hamba Allah nampak hantu. Bila saya klik,secara kebetulannya link tersebut adalah dari pemilik fb yang sama yang menceritakan tentang kesan jampi dalam filem SICCIN terhadap dirinya. Cuma link tersebut dikongsikan oleh beliau 2tahun yang lalu. Dia menceritakan pengalamanya nampak hantu sewaktu kecil. 

Tepat ramalan saya semasa pertama kali membaca luahan beliau tentang filem Siccin yang mana beliau mendakwa kena tempias sihir disebabkan mentera yang dibacakan didalam filem tersebut.Ramalan saya iaitu apa yang dialami faktor terbesarnya diri dia sendiri lemah semangat dan ada sejarah pernah kena gangguan jin.

Kawan saya soal saya, tapi ramai juga yang komen di fbnya menyatakan turut mengalami perkara yang sama. Bagaimana pula? Tiada apa yang mengejutkan. Kerana hal ini telah saya amati sejak sekian lama.Saya lupa data, dan saya malas nak google kembali.Kalian boleh mencarinya. Tapi secara umumnya menurut kajian doktor ramai dari kalangan masyarakat mengalami masalah mental samada Neurosis atau Psikosis. 

Dalam bahasa mudahnya, ramai sebenarnya yang mengalami masalah gangguan jin. Perkara ini saya sedari sejak sekian lama. Kalau tak percaya boleh perhatikan orang terdekat kita. Samada keluarga kita, jiran, ataupun sahabat kita. Kalau siasat betul-betul pasti ada yang sedang mengalami masalah gangguan jin(samada teruk atau tak teruk sahaja).

Bahkan didalam fb saya inipun rasanya dah lebih 10 orang sahabat fb saya pernah pm saya meluahkan dirinya, keluarganya atau sahabatnya mengalami masalah gangguan jin.Mungkin sebab saya sering berkongsi masalah gangguan jin menyebabkan mereka berminat untuk pm saya. Tengok, ramai tak? Itu baru kawan fb saya.Belum kira yang ada masalah gangguan tapi tak pm. Dan belum kira kawan fb awak lagi. Hehe..

Kesimpulannya yang hendak saya sampaikan adalah sebenarnya bukan sedikit dari kalangan orang sekeliling kita(tah-tah anda yang membacanya.hehe..) yang mengalami masalah gangguan jin.Sebab itulah saya tidak terkejut jika sahabat saya soal kenapa ramai nitizen komen pada post yang viral tersebut ada meluahkan turut mengalami pengalaman yang lebih kurang sama. 

~Admin page fb Rawatan Islam Pulau Pinang~

DILARANG COPY-PASTE TANPA MEMBERI KREDIT KEPADA ADMIN PAGE FB RAWATAN ISLAM PULAU PINANG. 

Sunday, 25 March 2018

TIP MENCARI BARANG SIHIR.



KAEDAH 1

Lakukan solat sunat secara berterusan khusus untuk memohon hajat kepada Allah supaya Allah tunjukkan dimanakah sihir disembunyikan di rumah atau di persekitaran anda. Cuba lakukan secara istiqamah, contohnya selama 2minggu ke, atau selama sebulan. Terpulang pada kemampuan anda.

Sekiranya dapat petanda melalui mimpi, jangan terus mempercayainya. Dibimbangi mimpi tersebut bukan petunjuk, sebaliknya tipu daya syaitan.Sebaliknya siasatlah secara bersungguh-sungguh sehingga ditemui objek sihir tersebut. Jika bermimpi sihir berada di lokasi tertentu yang anda ketahui, namun setelah dicari masih tidak ditemui maka adalah baik juga lokasi tersebut dispraykan atau disiramkan dengan air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Jika sihir tersebut berbentuk sihir ghaib dan memang berada di lokasi tersebut, mudah-mudahan Allah akan membatalkan sihir tersebut melalui ikhtiar yang telah kita usahakan ini.

Namun andai objek sihir tersebut dijumpai maka carilah orang yang berpengalaman untuk menguruskan dan membatalkan sihir pada objek tersebut. Jangan sesekali tanggung risiko jika anda tiada kekuatan dan tidak berpengalaman. Diingatkan jangan sesekali pegang dengan tangan yang tidak berlapik objek sihir yang ditemui sebagai langkah berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang tidak diduga.

KAEDAH 2

Kaedah ini biasanya dilakukan oleh perawat. Semasa rawatan dilakukan, dan semasa pesakit sedang kerasukan jin, bolehlah bertanya kepada pesakit dimanakah sihir tersebut disembunyinya. Harus diingatkan, syaitan adalah pendusta. Risiko untuk syaitan berbohong adalah tinggi. Maka setiap dakwaannya bukan untuk kita imani, tapi untuk kita siasat kembali bagi memastikan dia tidak berdusta.

Tanyakan kepada pesakit yang sedang mengalami kerasukan dimana sihir disembunyikan.Contohnya jika pesakit yang sedang kerasukan jin mendakwa sihir disimpan didalam pasu bunga sebelah pintu rumah, maka adalah tidak salah untuk kita cuba mencari untuk mengetahui samada objek sihir yang didakwa benar-benar ada dilokasi tersebut atau sebaliknya. Sekiranya tiada, adalah baik juga kawasan yang didakwa tersebut dispray atau disiram dengan air bacaan ayat suci al-Quran. Kerana ada kemungkinan sihir tersebut bukan berbentuk objek, sebaliknya sihir yang diletakkan adalah secara ghaib dan tidak boleh dilihat. Kaedah spray atau disiramkan dengan air bacaan ayat suci al-Quran adalah bagi membatal sihir ghaib tersebut jika benar sihir ghaib tersebut berada ditempat yang didakwa.Wallahua'lam.

Kami juga berpendapat jangan sesekali terlalu yakin tempat tersebut sememangnya ada sihir ghaib.Namun perbuatan ini tidak lebih sekadar ikhtiar untuk lebih berwaspada sahaja, mana tahu jin tersebut berkata-kata benar pada ketika itu kerana tidak tahan sakit selepas dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran.Ini juga bukan suatu bentuk mempercayai dakwaan pesakit kerasukan jin.Sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga sahaja(50-50).

KAEDAH 3

Kaedah ini juga biasanya dilakukan oleh perawat. Namun kaum keluarga pesakit juga boleh mencuba. Asalkan kuat semangat,dan  bebas dari masalah gangguan jin. Caranya adalah dengan menggunakan pesakit. Kita boleh bertanya pesakit beberapa soalan sebelum memulakan kaedah ini. Antaranya :
1) Lokasi manakah yang sering awak rasa seram bila melaluinya?
2) Lokasi manakan yang sering awak nampak makhluk halus?
3) Lokasi manakah bila awak laluinya maka ia memberi tindak balas yang tidak baik pada diri awak?

Setelah lokasi ini diketahui maka lokasi ini perlu disiasat dan diterokai. Jika perlu, dan jika mampu, maka cuba gali tempat tesebut. Jika tidak mampu digali, maka memadai tempat tersebut disiramkan atau dispray dengan air bacaan ayat suci al-Quran. Contohnya pesakit dakwa rasa sakit atau rasa seram bila lalu bilik belakang rumah. Maka keseluruhan bilik tersebut perlu dispray dengan air bacaan ayat suci al-Quran.

KAEDAH 4

Bawa pesakit berjalan mengelilingi persekitaran luar dan dalam rumah. Berjalan dalam keadaan tidak terlalu tergera-gesa. Sambil berjalan cuba tanya pesakit lokasi manakah yang dilalui menyebabkan pesakit rasa takut, atau tiba-tiba fizikalnya memberi riaksi yang negatif seperti tiba-tiba pening kepala, rasa nak muntah dan lain-lain lagi.

Maka lokasi tempat yang disyaki perlulah disiasat dan diterokai. Jika perlu, dan jika mampu, maka cuba gali tempat tesebut. Jika tidak mampu digali, maka memadai tempat tersebut disiramkan atau dispray dengan air bacaan ayat suci al-Quran.

KESIMPULAN

Keempat-emapat kaedah ini tidak lebih sekadar ikhtiar sahaja untuk mengetahui dimana sihir disorokkan. Namun untuk makluman, gangguan jin tidak semestinya sihir. Boleh jadi anda mengalami masalah gangguan jin disebabkan Saka, penyakit Ain, atau gangguan jin hanya kerana mental dan fizikal anda yang lemah. Disebabkan ciri-ciri gangguan jin adalah lebih kurang sama sahaja, dan bukan senang untuk mengklasifikasikan samada seseorang itu terkena sihir,saka, penyakit ain atau faktor lain, maka tiada salah jika mencuba kaedah ini. Sekiranya anda atau keluarga anda benar-benar terkena sihir, mudah-mudahan kaedah ini mampu membantu anda untuk mencari sihir dan membatalkan sihir tersebut.

PERHATIAN : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb kami. Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363

SERING BERTENGKAR DENGAN PASANGAN TANDA GANGGUAN JIN?




■Pernahkah anda terasa hati pada pasangan anda tanpa sebab yang munasabah?
■Pernahkah anda memperbesarkan hal yang kecil sehingga terjadi perang besar antara anda dan pasangan?
■Pernah tak bila anda jauh dari pasangan hadir perasaan rindu, rasa sayang,rasa ingin minta maaf,rasa ingin romantik?Tapi apabila bertemu sahaja dengan pasangan anda,perasaan tersebut hilang serta merta dan anda jadi benci,malah meluat padanya tanpa sebab yang boleh diperjelaskan?
■Pernah tak anda alami tiada nafsu pada pasangan sehingga tidak lagi melakukan hubungan intim dalam tempoh yang lama?

Ini  bukan salah anda sepenuhnya, bukan juga salah pasangan anda sepenuhnya. Tapi inilah kerja syaitan jenis jin yang telah menghasut anda atau pasangan anda.Peranan tentera-tentera iblis ini adalah untuk memisahkan hubungan suami dan isteri.

Sabda rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgasananya di atas air lalu mengirim bala tenteranya, (syaitan) yang kedudukannya paling rendah bagi Iblis adalah yang paling besar godaannya. Salah satu diantara mereka datang lalu berkata: 'Aku telah melakukan ini dan itu.' Iblis menjawab: 'Kau tidak melakukan apa pun.' Lalu yang lain datang dan berkata: 'Aku tidak meninggalkannya hingga aku memisahkannya dengan istrinya.' Beliau bersabda: "Iblis mendekatinya lalu berkata: 'Bagus kamu." Al A'masy menyebutkan dalam riwayatnya: "Iblis berkata: 'Tetaplah (menggodanya)."
(Hadith Saheh Muslim)

Salah satu peranan syaitan dari kalangan tentera-tentera Iblis ini adalah untuk memastikan sesebuah rumah tangga menjadi tidak aman dan sering bergaduh.

Kadang-kadang kesilapan yang sangat kecil namun kesan amarahnya adalah berlipat kali ganda besarnya.Seolah-olah berlaku krisis yang sangat besar pula.Perkara yang asalnya remeh kemudiannya menjadi serius apabila berlaku perang mulut dan masing-masing tidak mahu mengalah. Setiap tutur bicara yang dikeluarkan sangat menghiris hati. Pada ketika inilah bibit-bibit penceraian akan mula tercetus.

LANGKAH MENANGANI :

1. BILA KITA TERASA DENGA SUAMI/ISTERI BERUSAHALAH UNTUK INGAT KEPADA ALLAH.DAN BANYAKKAN BERISTIFAR.

2.LAWAN PERASAAN BENCI TERSEBUT DENGAN CARA MEMELUK PASANGAN ANDA DAN MEMINTA MAAF.JIKA ANDA BERJAYA BERBUAT DEMIKIAN BEERTI SYAITAN TELAH GAGAL MENGHASUT JIWA DAN AKAL FIKIRAN ANDA UNTUK MEMBENCI PASANGAN ANDA. OLEH ITU TUNDUKKAN EGO DAN BERUSAHA MEMINTA MAAF WALAUPUN MUNGKIN BUKAN SALAH ANDA. KERANA EGO DIDALAM RUMAH TANGGA SEBAHAGIAN DARI HASUTAN SYAITAN.

3.MASING-MASING BERUSAHA UNTUK TIDAK MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK DISENANGI PASANGAN. KERANA SYAITAN JENIS JIN SANGAT GENIUS DALAM MENGHASUT PASANGAN. APABILA SI SUAMI MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK DISUKAI ISTERI, PADA KETIKA INILAH JIN JENIS SYAITAN AKAN MENYEMARAKKAN LAGI API KEMARAHAN ISTERI KEPADA SUAMI.

4. JIKA MEMENUHI CIRI-CIRI SEPERTI YANG DIJELASKAN DIATAS, MAKA PASANGAN HARUSLAH PEKA DAN CEPAT BERTINDAK. SEGERAKAN BAWA JUMPA PERAWAT UNTUK MENJALANI SESI RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR'IYYAH.JALANI RAWATAN SECARA BERKALA SEHINGGA DIYAKINI SEMBUH SEPENUHNYA.CONTOHNYA SEBULAN SEKALI. ATAU DUA KALI SEBULAN. SOAL KEKERAPAN JUMPA PERAWAT TERPULANGLAH KEPADA ANDA.KERANA ANDA LEBIH ARIF TAHAP PULIH ANDA ATAU PASANGAN ANDA. JIKA MASIH RASA TIDAK PULIH SEPENUHNYA, TERUSKAN LAGI RAWATAN SECARA BERKALA.

5.KEBERGANTUNGAN KEPADA PERAWAT SEMATA-MATA BELUM CUKUP MEMADAI. BALIK DARI JUMPA PERAWAT, PESAKIT GANGGUAN JIN PERLU BERAMAL DENGAN ZIKIR, WIRID, BACAAN ALQURAN DAN JUGA AMALAN RUQYAH MANDIRI.

6.PASANGAN JUGA PERLU SENTIASA MERUQYAH PESAKIT. CONTOHNYA MEMEGANG ANGGOTA BADAN PESAKIT  SEPERTI BAHU, DAN UBUN-UBUN KEPALA SAMBIL MEMBACA AYAT SUCI AL-QURAN DAN JUGA DOA KESEMBUHAN.

Friday, 23 March 2018

KURANGKAN PENGAMBILAN GULA&GANDUM DAPAT ATASI GANGGUAN JIN?

Mungkin ramai yang tidak tahu pengambilan makanan yang sihat dan seimbang merupakan "salah satu" faktor didalam proses pemulihan pesakit gangguan jin. Apabila seseorang kuat mental dan fizikalnya, maka risiko untuk mengalami masalah gangguan jin akan rendah. Kerana syaitan jenis jin lebih senang menguasai seseorang yang lemah mental dan fizikalnya.Selain amalkan zikir,bacaan ruqyah,dan menjalani rawatan ruqyah secara berkala,kesihatan mental dan fizikal juga memainkan peranan yang penting untuk melancarkan proses pemulihan.

Apakah petua pemakanan yang sihat untuk kecergasan mental dan fizikal kita? Terdapat pelbagai petua pengambilan pemakanan yang seimbang. Namun kami ingin berkongsi salah satu kaedah diet pemakanan yang sihat untuk membantu pesakit gangguan jin kembali pulih seperti sedia kala.

Antaranya adalah mengurangkan pengambilan gula dan juga makanan yang berasas gandum(karbohidrat) didalam diet pemakanan harian. Dalam erti kata lain ambil pada kadar yang optimen yang diperlukan oleh badan sahaja.Jangan ambil gula dan makanan berasaskan gandum secara berlebihan. Amalkan selama 1-2bulan dan cuba lihat kesannya.Insyaallah berkesan. Selamat mencuba.

Disediakan oleh : Admin page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.
Whatsapp: 011-10145363

Thursday, 15 March 2018

APA HUKUM RAWATAN JARAK JAUH?




Ada beberapa bentuk perubatan jarak jauh. Kami akan bahagiakan kepada 3 kategori supaya mudah difahami.

KATEGORI 1 :

Rawatan jarak jauh dengan menggunakan medium doa semata-mata.  Contohnya seseorang itu mendokan kesembuhan terhadap pesakit. Hal ini diharuskan syarak.

Kaedah ini dipraktikkan bersandarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Tidak ada seorang hamba Muslim yang mendoakan kebaikan kepada saudaranya dibelakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan terdapatnya Malaikat yang akan berkata: Bagi engkau kebaikan yang engkau doakan untuknya”

(Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Dhikr wa al-Du‘a’ wa al-Tawbah wa al-Istighfar).

Namun kami berpendapat adalah tidak wajar menawarkan perkhidmatan berbayar untuk mendoakan kesembuhan terhadap orang sakit dari jarak jauh. Kami melihat doa seperti ini tidaklah sama seperti kaedah rawatan khusus yang memerlukan kudrat tenaga dan juga masa. Jika seseorang sakit dan meminta kita merawatnya dari jauh, katakan kepadanya, "Saya tidak mampu merawatmu dari jarak jauh.Tapi Insyaallah saya akan mendoakan kamu dari jauh." Sesudah itu berdoalah kepada Allah seperti biasa kepada pesakit. Samada hendak berdoa didalam hati sahaja, melafaskan di mulut sambil mengangkat tangan ke atas, ataupun melakukan solat sunat hajat untuk kesihatan dan kesembuhan pesakit.

Pendirian kami, bagi elakkan fitnah sebaiknya tidak perlu istilahkan kaedah ini sebagai suatu bentuk kaedah rawatan jarak jauh. Dibimbangi boleh menimbulkan salah faham dari kalangan orang awam. Istilah yang lebih tepat digunakan adalah mendoakan pesakit dari jauh. Dan ia bukanlah suatu bentuk tawaran khidmat rawatan. Jika ada pesakit meminta kita doakan kesembuhannya maka kita lakukanlah kerana Allah. Tidak perlulah menawarkan atau mengiklankan khidmat doa jarak jauh kepada orang ramai. Kerana hal ini bakal mengundang persepsi yang tidak baik kepada umum.

KATEGORI 2 :

Perkembangan zaman telah mendedahkan kita dengan pelbagai bentuk kemajuan sains dan teknologi. Contohnya bilal azan menggunakan pembesar suara, kuliah agama secara lansung mampu ditonton hanya melalui Youtube, memperdengarkan alunan bacaan ayat suci al-Quran di Youtube atau mp3, dan seumpanya.

Atas sebab darurat, atau tiada pilihan, sesetengah perawat mengambil kesempatan atas kelebihan teknologi yang ada. Pesakit yang kerasukan, atau mengalami penderitaan sakit disebabkan gangguan dibacakan ayat-ayat suci al-Quran oleh sebahagian perawat melalui panggilan telefon, webcam, ataupun video call. 

Secara peribadi kami tidak melihat hal ini mampu mendatangkan kepada syirik. Kerana perawat hanya menggunakan kelebihan teknologi untuk dimanfaat dengan mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran secara lansung terhadap pesakit. Pesakit gangguan jin yang mendengar biasanya akan memberikan riaksi terhadap bacaan ayat suci al-Quran yang dibacakan. Hal ini sama seperti kejadian pesakit mendengar dengan khusyuk mp3 bacaan ruqyah lalu rasa mual, sendawa dan juga kesakitan.

Namun kami berpendapat kaedah rawatan yang terbaik, dan dapat hindarkan dari fitnah dan salah sangka adalah melalui kaedah rawatan secara berhadapan dengan pesakit. Pesakit perlu berada di hadapan perawat untuk diruqyah. Samada seperti yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabat dalam meruqyah pesakit. Inilah sebaik-baik kaedah rawatan yang mencontohi nabi dan para sahabat.

Bahkan kami dapati rawatan menggunakan kaedah bacaan ayat suci al-Quran melalui video call, webcam, ataupun panggilan telefon tidak cukup kuat memberi kesan terhadap pesakit. Mungkin ada sedikit tindak balas dan juga kesan kelegaan oleh kerana pesakit dialunkan dengan lafas bacaan ayat suci al-Quran oleh perawat. Namun kadar keberkesanannya tidak setanding seperti rawatan secara berhadapan dengan perawat. Kerana apabila berhadapan perawat boleh menghembuskan bacaan yang dibaca pada anggota badan pesakit, selain boleh memegang anggota badan pesakit semasa membacakan ayat suci al-Quran dan juga doa.

KATEGORI 3 :

Rawatan jarak jauh yang menggunakan elemen tenaga batin atau tenaga dalaman. Ada juga yang menggunakan istilah tenaga gelombang, tenaga aura, dan pelbagai lagi. Kami sangat tidak bersetuju dengan semua kaedah ini walaupun sesetengah perawat kaedah ini menggunakan laras bahasa yang lebih positif, segar dan kelihatan seperti bahasa sains. Hakikatnya kesemua kaedah ini berpotensi mengundang kepada talbis iblis, yakni tipu daya syaitan terhadap naluri,hati dan akal fikiran perawat. Bahkan kaedah ini mirip pula kepada amalan perbomohan syirik.

Selain itu rawatan jarak jauh yang popular adalah yang sering dilakukan oleh bomoh syirik. Iaitu melalui penggunaan khadam ataupun makhluk halus. Mereka meminta bantuan makhluk halus untuk menjadi perantara didalam proses rawatan jarak jauh ini. Kaedah ini sangat jelas haram dan bertentangan dengan Islam.

Ada juga kaedah yang menggunakan gambar, nama pesakit, nama ibu dan sebagainya. Asal sesuatu perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikan ianya adalah haram. Unsur-unsur syirik yang kami maksudkan adalah yang melibatkan pemujaan, ataupun penggunakan jin di dalam rawatan. Contohnya jin digunakan untuk membantu mengenalpasti masalah pesakit hanya melalui medium gambar, nama pesakit, nama ibu dan sebagainya.Dan hukumnya boleh jatuh haram apabila perawat dapat mengetahui masalah pesakit hanya dengan menggunakan gambar atau nama pesakit dan ibu pesakit. Ini kerana perbuatan tersebut termasuk dalam amalan tukang tilik.

Namun persoalannya apabila wujud amalan rawatan yang memerlukan gambar pesakit, nama penuh pesakit dan ibu pesakit, sejauh manakah pesakit dapat mengenal pasti kaedah yang dilakukan tidak menggunakan unsur-unsur syirik dan bantuan jin? Sejauh mana pula pesakit tahu tujuan apakah gambar dan nama ini diperlukan? Apatah lagi amalan seperti ini sangat subur didalam amalan perbomohan syirik. Oleh sebab demikian maka berlepas dirilah dari kaedah-kaedah yang menimbukan tanda tanya seperti ini. Itulah sebaik-baik jalan penyelesaian.

KESIMPULAN :

Carilah kaedah rawatan yang jelas, saheh, dan menyakinkan. Iaitu pesakit  perlu berhadapan dengan perawat sebagaimana contoh yang berlaku di zaman nabi dan para sahabat. Serta kaedahnya tidak lebih hanya sekadar perawat membaca ayat-ayat suci al-Quran dan juga doa-doa kesembuhan sahaja. Inilah sebaik-baik kaedah yang mencontohi nabi dan para sahabat. Semestinya kaedah-kaedah yang aneh dan selain dari kaedah ini, maka akan membuka ruang perselisihan dan perdebatan yang sangat besar. Bahkan mampu mewujudkan seribu satu macam kemungkinan dan tanda tanya selain meragukan.

Majoriti perawat termasuk bomoh akan menafikan mereka melakukan rawatan menggunakan khidmat jin dan syaitan. Bahkan hampir mustahil pesakit mampu menentukan siapakah yang menggunakan khidmat jin dan siapa pula yang hanya bertawakkal kepada Allah didalam rawatannya. Oleh sebab itu sebaik-baik jalan adalah cermat dan berhati-hati didalam memilih perawat. Pilihlah perawat yang mencontohi kaedah rawatan yang dilakukan oleh nabi dan para sahabat, serta berlepas dirilah dari segala bentuk kaedah yang aneh dan mendatangkan keraguan kepada diri. Mudah-mudah dengan sikap berhati-hati kita ini maka Allah akan menghindarkan kita dari bertemu dengan tukang bomoh yang melakukan syirik kepada Allah. 

PERHATIAN : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb kami. Klik page fb kami Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363


Wednesday, 14 March 2018

KAEDAH BERKESAN PEMULIHAN.SUATU PANDANGAN.




Perkongsian ini merupakan kaedah ataupun ikhtiar dari sudut pandangan kami selaku perawat berpengalaman. Namun pesakit tidak diwajibkan untuk mesti melakukannya. Bahkan pandangan ini sebenarnya terbuka kepada ruang perbezaan yang luas dan terlalu subjektif. Pembaca ataupun perawat boleh berbeza pendapat dengan kami.

Kami pernah meneliti kaedah rawatan Islam yang dijalankan oleh Pusat Rawatan Islam Darussyifa di Kota Bharu Kelantan(Lundang). Salah seorang perawat ada menasihati pesakit supaya datang lagi selang 3hari(tapi tidak diwajibkan, sekadar cadangannya sahaja). Kami juga ada merujuk salah seorang perawat Pusat Rawatan Islam Darul Abrar, beliau juga berpendapat adalah baik juga bagi kes pesakit gangguan jin yang diteruk dicadangkan supaya datang kembali rawatan susulan selang 3hari.

Oleh sebab demikian, kami berpandangan adalah baik juga untuk kes gangguan yang teruk dan krtikal untuk dapat mengulangi kembali rawatan susulan selepas 3hari menjalani rawatan. Kenapa 3 hari? Baiklah, 4 hari. Sebenarnya tiada ketetapan pada angka. Terpulang pada kelapangan pesakit. Maksudnya tempoh antara rawatan pertama dengan rawatan kedua jangan terlalu lama jarak masanya. Itu sahaja.

Apabila pesakit mula merasai perkembangan yang positif, walaupun masih tidak sembuh sepenuhnya, maka adalah digalakkan untuk pesakit melakukan rawatan susulan secara berkala dengan perawat. Contohnya 2kali sebulan, ataupun sebulan sekali. Sehinggalah semakin pulih maka barulah kekerapa rawatan mula dikurangkan dari masa ke semasa. Ini juga hanyalah pandangan kami, tidak semestinya tepat. Masih subjektif untuk dibahaskan dan mungkin pandangan setiap perawat berbeza-beza.

Cuma kami berpendapat rawatan yang kerap dan berterusan adalah sangat baik untuk pesakit gangguan jin yang kritikal. Berdasarkan pengalaman peribadi, kami melihat sekali rawatan sahaja tidak memadai kerana gangguan atau serangan jin biasanya berulang. Pada pengamatan kami, kekerapan menjalani rawatan akan melancarkan perjalanan proses kesembuhan pesakit gangguan yang kritikal. Pesakit akan dapat merasai kesan perubahan dan perkembangan yang positif dari masa ke semasa apabila rawatan dilakukan secara berkala.

Adakah pesakit perlu menjalani rawatan dengan perawat yang sama?

Kami berpendapat itulah  yang sebaiknya.Iaitu menjalani rawatan dengan perawat yang sama. Namun secara umumnya tidaklah menjadi kesalahan jika pesakit hendak menukar rawatan dengan perawat lain pula atas faktor jarak, lokasi, atau atas apa-apa sebab peribadi sekalipun. Asalkan kaedah rawatan yang dipilih lebih kurang sama sahaja. Iaitu rawatan ruqyah syar'iyyah dengan melebihkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa sepanjang sesi rawatan. Jangan sesekali mencampur adukkan antara rawatan Islam dengan perbomohan syirik. Bahkan adalah ditegah sama sekali menjalani rawatan perbomohan syirik. Oleh itu, pilihlah mana-mana perawat pun. Yang penting rawatan Islam ruqyah syar'iyyah.

Bagaimana jika tidak mahu jalani rawatan dengan perawat?

Sebenarnya jalan yang terbaik adalah orang terdekat pesakit perlu sentiasa meruqyah pesakit. Tidak perlu bergantung harap kepada perawat. Keluarga perlu membaca ayat-ayat suci al-Quran sambil memegang anggota badan pesakit atau ubun-ubun kepada pesakit, dan juga bacaan tadi boleh dihembuskan kepada pesakit atau pada air untuk diberi minum kepada pesakit.

Jika keluarga( suami, ayah, ibu, anak dan lain-lain lagi) kepada pesakit mampu melakukannya, maka lakukan amalan ruqyah ini setiap hari terhadap pesakit. Jika tidak mampu setiap hari, sekurangnya-kurangnya dalam seminggu ada dilakukan 2-5 kali.

Jika keluarga tiada masa, atau tidak mampu, atau atas faktor-faktor lain menyebabkan mereka tidak boleh melakukan rawatan ruqyah terhadap pesakit , maka mereka tiada pilihan lain melainkan pesakit (bagi gangguan jin yang kritikal) perlu sentiasa dibawa jumpa perawat untuk diruqyah.

Asasnya mudah, pesakit perlu sentiasa melakukan rawatan ruqyah mandiri(rawatan diri sendiri) dengan mengamalkan ayat-ayat ruqyah, doa ruqyah, dan juga zikir-zikir pelindung diri,dan pada masa sama perlu ada seseorang untuk sentiasa meruqyah pesakit. Sama ada kaum keluarga pesakit, ataupun perawat.

Pesakit juga digalakkan untuk mengamalkan mandian air daun bidara. Terpulanglah, tiada ketetapan khusus berapa kali seminggu. Kami berpendapat adalah baik juga mandian bidara diamalkan oleh pesakit sebanyak 2-4 kali seminggu sahaja dan dimandi selepas waktu asar. Amalkan mandian ini sampai bila-bila. Ini juga bukanlah suatu kewajiban, cuma sekadar cadangan pandangan dari pihak kami. Pesakit juga perlu menjaga emosi dengan baik. Persekitaran mestilah mendokong, iaitu kaum keluarga yang memahami dan sentiasa berada disamping pesakit memberi sokongan moral dan tidak sesekali memberi tekanan terhadap pesakit. Penerimaan tekanan juga antara faktor membantutkan proses kesembuhan terhadap pesakit. Wallahua'lam.


PERHATIAN : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb kami. Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363

Tuesday, 13 March 2018

BOLEHKAH BELAJAR ILMU RAWATAN DARI MIMPI?



Sumber rujukan       : Menjawab Persoalan Makhluk Halus (m/s : 153)
Penulis : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Disalin semula oleh : Perawat page Rawatan Islam Pulau Pinang.

SOALAN :

Saya pernah bermimpi bertemu dengan seorang alim, berjubah, berserban, bertasbigh, mukanya bersih bercahaya serta berbau wangi bila mendampinginya. Orang alim tersebut mengajar saya ilmu hikmah, termasuk cara mengubati orang sakit dengan syarat-syarat berikut :

i)   Berpuasa sunat selama 14 hari berturut-turut.
ii)  Solat tahajud pada malam-malam hari yang saya berpuasa tanpa boleh berhenti atau berselang selama 14 malam berturut-turut.
iii) Menjamu 40 orang anak yatim.
iv) Menyembelih seekor kambing untuk dijamu kepada jiran tetangga.
v)  Berzikir selama seminggu tanpa henti siang dan malam. Selepas itu saya boleh mengubati orang.

Apakah pandangan Ustaz tentang perkara ini? Bolehkah saya menerima dan mengubati orang sakit dengan amalan-amalan ini?

JAWAPAN :

Mimpi adalah permainan tidur. Kebanyakan mimpi berlaku hasil daripada khalayan, imiginasi manusia tentang sesuatu hal dan gambaran yang amat diingini atau ditakutinya. Mimpi juga biasanya mainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia melalui mimpi. Sesuatu yang berlaku dalam mimpi itu jarang sekali menggambarkan yang sah ataupun yang sebenar.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Tidak tinggal daripada nubuwwah(kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar( al-Ru'ya al-Sadiqah)."

Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali.

Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi Anbia dan al-Mursalin. Mimpi para Anbia dan al-Mursalin adalah benar sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.

Merujuk kepada mimpi yang saudara sebutkan, pada zahirnya ia suatu yang wajar diikuti kerana mimpi itu merujuk kepada meminta agar saudara melakukan semua perkara yang disyariatkan.

Tetapi persolannya adakah saudara tidak pernah mendengar tentang perkara yang dianjurkan dan digalakkan oleh syarak itu?

Jika pernah, mengapa apabila disuruh oleh orang alim dalam mimpi tersebut itu baru saudara ingin melakukannnya? Siapakah yang saudara temui dalam mimpi itu, adakah dia insan sebenar atau syaitan yang menyerupai orang yang anda kagumi itu?

Oleh yang demikian, ada dua kemungkinan sama ada arahan dalam mimpi itu benar daripada orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT atau berkemungkinan hanya lakonan Iblis. Saya menasihati saudara jangan mengambil risiko kerana mentaati mimpi amat terdedah kepada risiko begitu besar, iaitu melakukah ibadah bukan kerana Allah SWT tetapi kerana syaitan.

Sekiranya ditakdirkan orang yang ada mimpi itu suatu penjelmaan makhluk halus atau qarin atau apa sahaja namanya yang sengaja hendak mempengaruhi saudara melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana mimpi dan melakukannya kerana hendak menjadi seorang perawat hebat, untuk keduniaan semata-mata, saudara telah melakukan syirik kepada Allah.

Seandainya saudara mempunyai minat begitu mendalam untuk melakukan kerja-kerja kebaikan, lakukanlah kerana Allah SWT, sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran, al-Sunnah,al-Ijma' dan pelbagai sumber hukum lain yang menyeru kita melakukan ibadah yang disebutkan tadi dan bukannya kerana mimpi.

Berkenaan ilmu pengetahuan, secara umumnya Islam meletakkan  saluran yang tertentu untuk menyebarkan ilmu. Firman Allah didalam surah an-Nahl ayat 43 :

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Kami tidak mengutus Rasul sebelum mu wahai Muhammad, melainkan daripada kalangan orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kepada orang-orang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui."


Istilah yang digunakan dalam ayat ini adalah ahl al-Dhikr, iaitu orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Siapa lagi kalau bukan ulama yang muktabar. Salah satu daripada tuntutan syarak ialah kita mengambil ilmu daripada ulama muktabar.

Dalam konteks ini, sudah ramai ulama dalam masyarakat yang boleh membantu saudara melakukan ibadah. Jika saudara memerlukan kepada orang yang boleh mendampingi dan menunjuk ajar ilmu perubatan sama ada perubatan alopati atau berasaskan doa dan ayat-ayat al-Quran, saudara boleh mendapatkannya dengan mudah. Jangan mengambil ilmu dari mimpi yang saudara sendiri tidak pasti siapakah yang saudara temui dalam mimpi tersebut. Wallahua'lam.

PERHATIAN : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb kami. Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363



Friday, 9 March 2018

SAYA SERING SOLAT, MENGAJI, KENAPA MASIH DIGANGGU JIN?



SOALAN :

Saya sering menjaga solat dengan baik, bahkan sering bangun solat malam, sering membaca ayat suci al-Quran, tapi kenapa saya masih mengalami masalah gangguan jin?

JAWAPAN (Oleh Perawat Page Rawatan Islam Pulau Pinang ).

Untuk makluman, seseorang yang sakit disebabkan masalah gangguan jin tidaklah semestinya dia jauh dari Allah. Logiknya orang yang terlebih utama kena sakit disebabkan gangguan jin sepatutnya kaki botol, kaki judi, kaki pusat hiburan maksiat dan seumpanya. Namun realitinya bukanlah sedemikian. Pesakit gangguan jin tidak mengira status keimanan seseorang. Ada yang beriman turut kena sakit gangguan jin, ada juga yang tidak beriman mengalami masalah gangguan jin. Ada beberapa kemungkinan kenapa seseorang itu diuji dengan musibah sakit disebabkan gangguan jin.

1) Allah mahu menguji mereka.

Sudah menjadi fitrah semua manusia akan diuji. Dan setiap ujian yang diterima adalah berbeza-beza. Sedangkan nabi Ayub a.s , yakni kekasih Allah yang dijamin syurgapun diuji oleh Allah. Iaitu baginda telah terkena penyakit disebabkan oleh perbuatan syaitan. Makalah siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan nabi. 

وَٱذْكُرْ عَبْدَنَآ أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلشَّيْطَٰنُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhan-nya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".(surah Sad ayat 41)

Namun perlu diingatkan, setiap ujian itu untuk mengangkat darjat keimanan kita. Yang penting kita redha, berdoa, dan bertawakkal terhadap Allah tanpa perlu mengeluh dan berputus asa.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Allah berfirman-"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?"( Surah al-An kabuut ayat 2).

2) Balasan Allah.

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan. Segerakan bertaubat kepada Allah. Mungkin musibah yang dihadapi ini sebagai pembalasan Allah terhadap sesuatu dosa yang kita lakukan dan kita pula masih tidak bertaubat nasuha kepada Allah. Guru saya pernah menceritakan kisah pesakitnya yang menjalani rawatan sejak sekian lama namun masih tidak sembuh walaupun telah menjalani rawatan berulang kali. Sehinggalah dia dinasihatkan untuk cuba mengingati kembali satu persatu dosa yang pernah dilakukan terhadap Allah, dan juga terhadap orang sekelilingnya. 

Setelah dari itu, dia mula menyenaraikan segala bentuk dosa yang pernah dilakukan lalu dia melakukan solat sunat taubat, dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh akan setiap dosa yang pernah dilakukan tersebut. Alhamdulillah selepas melakukan solat sunat taubat, dan setelah bertaubat nasuha lalu proses rawatan menjadi mudah. Akhirnya setelah diruqyah lalu pesakit ini sembuh sepenuhnya. Seolah-olah Allah membuka hijab yang selama ini terhalang untuknya dari sembuh. Wallahua'lam.

Kesimpulan

Penulis bukanlah mahu mengandaikan semua pesakit yang sukar sembuh disebabkan point nombor 2 diatas. Barangkali juga punca masih tidak sembuh sama seperti yang dihuraikan pada point nombor 1 diatas. Iaitu Allah mahu menguji kita, dan untuk meningkatkan darjat keimanan kita. Namun selaku manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa, apalah salahnya kita melakukan taubat nasuha yang bersungguh-sungguh atas segala dosa yang pernah dilakukan, dan berdoa memohon kepada Allah supaya diberikan kesembuhan diatas musibah sakit yang sedang dialami ini.

Sekiranya kita pernah menjalani rawatan perbomohan syirik , maka segerakan bertaubat nasuha dan jangan sesekali bertemu dengan tukang bomoh syirik lagi. Kerana syirik suatu dosa yang amat sangat besar disisi Allah. Bahkan ramai pesakit akan bertambah kritikal setelah bertemu tukang bomoh syirik.Hal ini kerana perbuatan bomoh syirik yang melakukan upacara-upacara khurafat dan syirik telah mengundang kepada kehadiran syaitan yang lain pula.Untuk mengetahui ciri-ciri rawatan Islam, dan juga ciri-ciri perbomohan syirik yang bertentangan dengan Islam. Boleh klik dibawah :

1) Perbezaan rawatan Islam dan perbomohan Syirik (1). Klik disini.
2) Perbezaan rawatan Islam dan perbomohan Syirik (2). Klik disini
3) Perbezaan rawatan Islam dan perbomohan Syirik (3). Klik disini

Akhir kata, penulis mengajak diri penulis sendiri dan kita semua untuk sama-sama bertaubat nasuha atas segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Samada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Samada secara sedar ataupun secara tidak sedar. Insyaallah.

Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb kami. Klik disini 
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363






Thursday, 8 March 2018

ADAKAH PERAWAT TAHU SIAPA SIHIR ANDA?

Seseorang perawat yang mengaku menjalankan kaedah rawatan Islam atau Ruqyah Syar'iyyah adalah tidak wajar untuk membuat dakwaan konon dia tahu pesakit yang dirawatnya disihir oleh siapa. Seseorang yang memahami nas al-Quran dan hadith, serta hukum hakam Islam dari pandangan alim ulama semestinya tahu halal haram didalam Islam.


Membuat dakwaan kononnya mampu tahu siapa yang sihir pesakit sudah dikira termasuk dalam kategori membuat tilikan. Bahkan mendakwa pesakit disihir juga adalah suatu tilikan.Kerana tiada bukti yang saheh seperti rakaman cctv ,pengakuan pihak yang menyihir ,ataupun saksi yang boleh mengemukakan bukti saheh untuk mendakwa seseorang.

Malahan ada juga perawat yang berlagak seolah-olah dia tahu siapakah yang sihir mangsa, tapi dia tidak mahu mendedahkannya kerana tidak penting untuk pesakit tahu. Ini juga suatu sifat tidak baik. Kerana mendakwa seakan-akan dirinya mampu tilik, dan mengetahui perkara ghaib walaupun tidak mahu mendedahkannya. Berlaku jujurlah terhadap pesakit, katakan kepadanya,"Saya tidak tahu, saya tidak pandai membuat tilikan, Islam haramkan amalan tilikan."Sedangkan rasulullah s.a.w melarang keras amalan tilikan dan dakwaan tahu perkara ghaib. Kerana amalan tilikan boleh mendatangkan fitnah dan tuduhan palsu terhadap orang yang tidak bersalah.(Mempercayai dakwaan tukang tilik boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Baca disini)

Sabda Rasulullah SAW : Sesiapa yang mendatangi ahli sihir, atau Kahin (seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib) atau ‘Arraf (tukang tilik), lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quran al-Karim yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (Hadith riwayat al-Bayhaqi, No. Hadith 16939).

Sewajarnya pesakit haram mempercayai dakwaan perawat,kononnya mereka tahu perbuatan sihir tersebut angkara siapa. Dan janganlah bertemu lagi dengan perawat seperti ini.

Dari 'Aisyah r.a dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah s.a.w, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi s.a.w: "Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan."(Hadith Saheh Muslim).

Perawat Islam yang cermat akan menjauhkan diri mereka dari berpewatakan seperti seorang tukang tilik.Terdapat pelbagai faktor lagi kepada masalah gangguan jin.Antara faktor gangguan jin adalah Sihir, Saka, Penyakit Ain ,dan juga gangguan biasa disebabkan oleh lemah mental dan fizikal sehingga jin senang hendak menguasai jiwa dan akal fikiran pesakit.Dan simptom bagi pesakit gangguan jin biasanya lebih kurang sama sahaja.

Jika pesakit didapati memenuhi ciri-ciri gangguan jin dan apabila diruqyah menunjukkan tanda tindak balas ,memadai bagi seorang perawat menyatakan pesakit didapati ada masalah gangguan jin. Samada gangguan tersebut pada kategori sihir,saka,ain,dan lain-lain lagi,maka serahkan sahaja kepada Allah. Peranan perawat hanyalah membaca ayat-ayat suci al-Quran dan juga doa, serta memberi kaunseling kepada pesakit dan juga pihak keluarga. Bukannya menjadi tukang tilik terhadap pesakit. Wallahua'lam.

Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan  disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog
https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my 
Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363








BOLEHKAH JIN DIKURUNG DIDALAM BOTOL?

BOLEHKAH JIN DITANGKAP DAN DIMASUKKAN DIDALAM BOTOL?



Dipetik dari buku berjudul : Menjawab Persoalan Makhluk Halus, Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan(m/s :42-45)
Tulisan : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

Soalan :

Seringkali kita mendengar tentang jin telah ditangkap, makhluk halus dipenjareakan, toyol telah dimasukkan ke dalam botol, dibuang ke laut dan pelbagai dakwaan lain seperti itu. Bolehkah kita mempercayai dakwaan tersebut? Adakah terdapat asas dalam syarak makhluk halus boleh ditambat, disumbat dalam botol datu dibuang ke dalam laut?

Jawapan :

Masyarakat melayu memiliki pelbagai kepercayaan tahayul. Berbagai dakwaan dikeluarkan dan kebanyakan dakwaan tersebut ada yang menyalahi syarak. Istilah yang disebutkan dalam al-Quran seperti syaitan, jin, Iblis, Ifrit dan beberapa istilah lain dalam hadith kesemuanya merujuk kepada makhluk halus.

Pernah berlaku pada zaman rasulullah pada zaman Rasulullah SAW ketika bagida mengimamkan solat di Masjid al-Haram, tiba-tiba para sahabat melihat Rasulullah SAW sedang mengelak daripada sesuatu dan seperti memegang atau menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak.

Selesai solat, para sahabat bertanya Rasulullah SAW tentang perlakuan baginda ketika dalam solat/ Rasulullah SAW menjelaskan kepada para sahabat, Ifrit telah datang kepada baginda dengan obor api untuk mengganggu solat baginda, lalu baginda mengelak daripada nyalaan obor api itu dari terkena muka dan telah menangkapnya ddengan tangan. Pada ketika itu baginda berazam untuk mengikat Ifrit ini pada salah satu tiang di masjid al-Haram supaya Iblis itu dilihat dan dimain-mainkan oleh anak-anak.

Tiba-tiba baginda teringat doa Nabi Sulaiman AS yang memohon kpada Allah SWT agar kekuatan yang ada padanya, boleh menawan, menangkap dan mengurung makhluk halus ini tidak diberikan kepada orang lain. Oleh kerana itu baginda melepaskan Ifrit itu setelah terasa lidahnya mula mengena pada lengan baginda.

Sabda Rasulullah SAW-"Syaitan telah datang mengganggu solatku, lalu aku pegang lehernya dan mencekeknya hingga dapat aku rasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku. Jika tidak kerana doa Nabi Sulaiman AS, nescaya akan aku ikat syaitan itu untuk tontotan kamu."

Kejadian yang berlaku membolehkan kita mengambil kesimpulan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah menangkap atau menambat Iblis, bahkan jauh sekali untuk memasukkannya ke dalam botol, dibuang ke mana-mana tempat.

Baginda cuma mengelak apabila diganggu. Baginda menangkap Ifrit disebabkan mengganggu baginda ketika solat. Walaupun Nabi Muhammad SAW teringin untuk menabat Ifrit, namu  apabila baginda teringart doa Nabi Sulaiman AS, baginda tidak melakukannya.

Maka pada pandangan saya(Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din), soalan saudara berkaitan menangkap atau membuang makhluk halus tiada asasnya dalam hukum syarak. Makhluk ini diperbuat daripada api(bukan fizikal).Kuasa api merupaka kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok.

Sekiranya kita mengurungnya dalam bekas seperti botol yang diperbuat daripada kaca yang telus cahaya, bermakna makhluk halus boleh masuk dan boleh keluar, bagaimana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan ke dalam sesuatu yang berbentuk fizikal?

Botol merupakan benda fizikal sedangkan makhluk halus bukan fizikal. Makhluk halus adalah api yang terjadi daripada unsur cahaya, kelajuannnya sama seperti kelajuan cahaya. Tidak ada gunanya ia dimasukkan ke dalam botol kerana makhluk tersebut boleh masuk dan keluar pada bila-bila masa.

Nabi Sulaiman AS dan Nabi Muhammad SAW boleh menangkap makhluk halus kerana mereka adalah Rasul. Namun, tidak terdapat amalan sahabat ataypun tabiin yang menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.

Perkara yang digalakkan adalah berikhtiar untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dengan membaca ayat-ayat al-Quran seperti diajar Rasulullah SAW seperti membaca surah al-Baqarah, Ayat Qursi dan sebagainya. Dengan membaca ayat-ayat al-Quran, makhluk halus akan menjauhkan dirinya atau mengeluarkan dirinya daripada badan manusia. Wallahua'lam.

Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan  disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my 
Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.Klik disini
Whatsapp untuk rawatan : 011-10145363






Wednesday, 7 March 2018

PANDUAN RAWATAN ISLAM INSTITUSI-INSTITUSI AGAMA, MUFTI

GARIS PANDUAN RAWATAN ISLAM INSTITUSI AGAMA, MUFTI.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman kami sentiasa mengikuti perkembangan semasa setiap garis panduan yang dikeluarkan oleh insituti-institusi agama Islam yang bertauliah. Hal ini penting bagi memastikan segala kaedah rawatan yang dijalankan tidak bertentangan dengan syara' berdasarkan rujukan kepada alim-alim agama yang lebih arif.

Selaku perawat Islam yang mengaku mengamalkan kaedah Ruqyah Syar'iyyah, iaitu rawatan yang berteraskan Islam dan tidak sesekali bertentangan dengan syariat Islam, maka adalah penting untuk perawat mengetahui setiap garis panduan yang dikeluarkan oleh insituti-insitusi agama bertauliah. Namun bukan sahaja perawat, malahan adalah menjadi keperluan yang penting kepada pesakit, keluarga pesakit, dan seluruh umat Islam untuk memahami garis panduan rawatan Islam dan ciri-ciri rawatan yang bertentangan dengan Islam.

Hal ini kerana kami dapati terlalu banyak kaedah rawatan alternatif yang berselindung disebalik rawatan Islam namun wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dimana-mana sahaja wujudnya rawatan-rawatan alternatif yang bertentangan dengan syariat Islam. Samada di kampung-kampung ataupun di bandar-bandar. Oleh itu, selaku orang awam mereka perlu tahu untuk membezakan rawatan Islam dengan rawatan yang bertentangan dengan Islam bagi memastikan mereka tidak terjerumus kepada amalan khurafat dan juga syirik.

Berikut adalah beberapa garis panduan rawatan berpanduan syariat Islam dan ciri-ciri rawatan bertentangan dengan Islam yang dikeluarkan oleh insitusi-insitusi agama Islam bertauliah :

1) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Klik garis panduan disini
2) Jabatan Mufti Negeri Melaka. Klik garis panduan disini
3) Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Klik garis panduan disini
4) KKM(Bahagian Perubatan Tradisional&Komplementri dengan kerjasama JAKIM, JAIS dan Pusat Rawatan Islam Darussyifa). Klik garis panduan disini

Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan  disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Like page fb Rawatan Islam Pulau Pinang. Klik disini
Whatsapp kami : 011-10145363

AMALAN SALAH DIDALAM RAWATAN ALTERNATIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Secara peribadi kami berpendapat artikel ini sangat baik.Bahkan segala tulisan didalam artikel ini menjadi prinsip pegangan kami sejak sekian lama.Rawatan yang kami jalani sangat mementing aspek patuh syariah dan juga mematuhi segala garis panduan dan piawaian rawatan alternatif yang dikeluarkan oleh institusi-insitusi agama termasuk pandangan alim ulama. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari amalan perbomohan syirik dan juga khurafat yang sangat subur didalam masyarakat melayu. Selamat membaca.

Like page fb kami. Klik disini - >Rawatan Islam Pulau Pinang

Whatsapp untuk jalani rawatan : 011-10145363

AMALAN SALAH DALAM RAWATAN ALTERNATIF

1) Jampi Mentera


Bagi hal berkenaan jampi dan mentera, terdapat dalil yang jelas daripada hadith Nabi (s.a.w) yang melarang menggunakan jampi dan mentera khususnya daripada jenis jampi dan mentera yang memuja dan menyeru makhluk halus, mengandungi kata-kata kufur atau kata-kata yang tidak difahami maknanya.

Daripada ‘Awf bin Malik al-Ashja‘i r.a.: “Ketika zaman Jahiliyyah, kami melakukan jampi. Maka kami bertanyakan Rasulullah (tentang perkara itu): “Wahai Rasulullah, bagaimanakah hukum, terhadap yang demikian?” Maka sabda Rasulullah (s.a.w): “Kemukakan kepada ku jampi kamu itu; tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi syirik (kepada Allah)” (Riwayat Imam Muslim r.a.).

Menurut pandangan Tuan Guru Prof. Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek al-Kholodi al-Naqsyabandiah dari Pusat Rawatan Islam al-Manarah mengatakan bahawa mereka yang mengamalkan jampi mentera dalam perubatannya adalah salah disisi agama dan ia bercanggahan dengan prinsip perubatan Islam itu sendiri.


2) Ilmu Sihir untuk Melawan Sihir


Manakala penggunaan ilmu sihir untuk merawat sihir larangannya adalah jelas berdasarkan kepada hadith Nabi (s.a.w) yang melarang pendekatan sedemikian digunakan untuk merawat orang yang terkena sihir. Kaedah ini dinamakan dalam hadith sebagai “al-Nushrah”.

Daripada Jabir r.a. berkata: “Rasulullah (s.a.w) telah ditanya tentang al-Nushrah. Maka sabda Rasulullah (s.a.w): “(al-Nushrah) adalah amalan syaitan.” Bahkan mempelajari sihir juga haram. Nabi (s.a.w) pernah bersabda riwayat Ibn ‘Abbas r.a. berkata, Nabi (s.a.w) pernah bersabda:“Sesiapa yang mempelajari satu cabang ilmu dari ilmu nujum (tilik), maka dia telah mempelajari cabang ilmu (dari) sihir, maka ia akan bertambah dan terus bertambah (kesyirikan dan ilmu sihirnya)” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.). Jadi, apatah lagi mengamalkannya dan menghantarnya dengan cara saka dan santau untuk menganiayai orang lain.

3) Tangkal dan Azimat

Tangkal dan azimat adalah budaya khurafat, tahyul dan syirik yang sering dipaparkan dalam rawatan tradisional. Tujuannya adalah untuk mengubati penyakit seperti sawan, cacing, demam, gangguan hantu syaitan, menolak bala dan lain-lain. Dalam masyarakat Malaysia, fetish atau tangkal dipakaikan pada kanakkanak, untuk mengelakkan daripada ditimpa penyakit sawan dan lain-lain. Tangkal juga diletakkan depan pintu rumah supaya tidak dimasuki makhluk halus dan orang yang jahat (Jawiah, 2010).

Perawat yang membuat tangkal lazimnya menggunakan ayat al-Qur’an, gambar rajah, nombor, simbol dan perkataan Arab, yang mempunyai makna tertentu pada sesuatu. Kemudiannya dibalut kemas dan di asapkan dengan kemenyan lalu dipakaikan pada orang yang berhajat. Tangkal atau azimat banyak dipakaikan kepada anggota badan dan digantung pada pintu rumah kononnya bagi mengelak penyakit, gangguan dan bala. Inilah cara yang lazim menggunakan tangkal dan azimat.

Tangkal dan azimat adalah haram dan termasuk dalam perbuatan sihir dan syirik bertepatan dengan sabda Nabi (s.a.w) melalui Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikat suatu ikatan (tangkal), kemudian menghembus (menjampi) pada ikatan tersebut, ia telah melakukan sihir, sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah berlaku syirik. Sesiapa yang menggantung sesuatu (tangkal), maka dia telah bertawakkal dengannya” (Riwayat Imam Nasa’i r.a.).

Syeikh ‘Atiyyah Saqar juga pernah mengucapkan “Sesiapa yang mempercayai sesuatu khurafat seperti kayu kokka (sebagai tangkal pelindung yang) dapat menghindarkan syaitan dan iblis, memurahkan rezeki dan menyembuhkan penyakit adalah pelaku syirik kerana segala itu adalah hak Allah (s.w.t) semata-mata” (Zaharuddin, 2011).

Hasil dari temu bual penulis dengan pengasas pusat rawatan Islam Darussyifa’ Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron Bin Din menyatakan bahawa penggunaan tangkal azimat dalam perubatan adalah haram dan ia seolah-olah tidak percaya terhadap kekuasaan Allah dalam menyembuhkan penyakit manusia.

                               

4) Mandi Bunga


Amalan mandi bunga adalah sejenis khurafat yang diamalkan dan dilakukan terutamanya di dalam amalan perubatan tradisional untuk membuang sial, menghindari bala penyakit dan membawa tuah. Kononnya untuk membuang sial pada anak dara yang tidak mendapat jodoh meskipun usia sudah lanjut. Nabi (s.a.w) pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada penyakit berjangkit dengan sendirinya tanpa takdir Allah (s.w.t), tiada tanda sial pada burung (melalui burung berterbangan kiri atau ke kanan), tiada sial pada burung hantu (tiada roh orang mati dibunuh yang menuntut bela) dan tiada sial pada bulan Safar” (Riwayat Imam Bukhari r.a.).

Dr. Yusuf al-Qaradawi juga menyatakan, “Kepercayaan sial ini termasuklah menganggap sial pada haiwan, tempat dan masa. Sesiapa yang mempercayai adanya sial, maka dia telah berlepas diri (tidak bertawakkal) pada Allah (s.w.t)”. (Zulkili Hasan, 2013).

5) Menggunakan Ruqyah yang Tidak Difahami Ucapannya

Dalam bidang rawatan alternatif, ruqyah yang diperbolehkan Rasullullah (s.a.w) mempunyai syarat-syarat tertentu. Selagi mana ruqyah menggunakan lafaz yang difahami dan tidak ada unsur syirik, maka dibolehkan meruqyah dengannya. Ruqyah yang dilakukan menggunakan bahasa yang tidak difahami dan mengarut adalah salah dan boleh menimbulkan keraguan. Antara syarat ruqyah syar’iyyah adalah perlu seeloknya menggunakan sumber dari Al-Qur’an dan Al-Sunnah, tiada unsur syirik dan pemujaan, i’tiqad kesembuhan bukan pada ruqyah, tetapi pada Allah (s.w.t), dan menggunakan bahasa yang boleh difahami dan bukannya kalam orang yang kafir atau jahil yang boleh menimbulkan keraguan dan itnah.

Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda melalui ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy r.a., “Kami semasa zaman Jahiliyyah biasa melakukan jampi mentera, lalu kami bertanya kepada baginda (s.a.w): Wahai Rasulullah !, Apakah pendapat kamu di dalam masalah ini?. Maka baginda (s.a.w) pun bersabda “Tunjukkanlah kepadaku jampi-jampi kalian, tidak mengapa meruqyah selagi mana tidak mengandungi syirik (Riwayat Imam Muslim r.a.).

6) Pengeras

Dalam mendatangi bomoh atau perawat, pastinya ada istilah “pengeras”. Pengeras adalah ganjaran dan upah yang diberikan kepada bomoh atau jin peliharaan atas tilikannya (bantuan jin). Pengeras boleh jadi berupa wang, haiwan, makanan dan lain-lain.

Memberi pengeras adalah haram bersandarkan sabda Nabi (s.a.w) dari Abi Mas’ud al-Ansari r.a.: “Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) menegah (melarang) tentang jual beli anjing, wang hasil pelacuran dan memberi pengeras (habuan) untuk bomoh (atas tilikan dan ramalannya)” (Riwayat Imam Bukhari r.a.).

Malahan, begitu jua halnya apabila seseorang mendatangi bomoh, jika tidak yakin kepada dukun, maka pesakit tidak akan berusaha sedaya upaya untuk mencari dan memberi pengeras kepada bomoh tersebut walaupun pengerasnya cukup pelik dan mahal sehingga membazir masa, wang dan tenaga, jadi, dia mesti yakin sepenuhnya kepada bomoh tersebut (misalnya jikalau dia memberikan pengeras seperti yang diminta, akan sembuh).

7) Mendatangi Dukun, Tukang Tilik dan Seumpamanya

Mendatangi dan menggunakan khidmat bomoh serta dukun meskipun dalam mencari rawatan untuk kesembuhan adalah dilarang dalam Islam. Ia menjadi khurafat apabila ia melibatkan sihir, dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan
syirik kepada Allah (s.w.t).

Sabda Nabi (s.a.w) riwayat Abu Hurairah r.a.: Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) bersabda, “Sesiapa yang mendatangi (jima’) perempuan yang haid, atau berjima’ dengan isterinya dari duburnya, atau mendatangi dukun (bomoh) dan mempercayai ramalannya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan pada Nabi Muhammad (s.a.w) (agama Islam)” (Riwayat Imam Ibnu Majah r.a.)

Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menyebutkan: “Amalan (mempercayai bomoh) ini ialah syirik dan satu bentuk kezaliman yang paling besar terhadap Allah (s.w.t) dan syariat-Nya. Islam menentang sebarang bentuk khurafat seperti ini dan Islam adalah agama yang berdiri di atas keyakinan dan bukannya sangkaan" (Basri Ibrahim, 2009).

Masyarakat perlu berwaspada kerana kadang kala bomoh boleh menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat (tabib), wali, peramal bahkan ustaz. “Tok bomoh” yang berperanan mengubati orang sakit, menghalau syaitan dan lain-lain. Bomoh masih dipercayai sehingga kini kerana bomoh berupaya menyembuhkan penyakit dari kuasa ghaib yang tidak dapat diubati perubatan moden. Tok bomoh yang menggunakan khidmat jin suruhan akan membuat suatu perjanjian sebelum bekerjasama. Semakin taat bomoh pada jin dengan mengikuti segala perintahnya (berbuat maksiat), maka semakin taat pula jin kepadanya. Bomoh yang mengubati pesakit menggunakan jin selalunya mengetahui keadaan pesakit sebelum pesakit sampai kerana diberitahu oleh jin suruhannya. Di dalam amalan perubatannya, bomoh menyeru dan memuja nama jinnya. (Wahid, 1996; Mahyuddin Ismail, 2012)

8) Kemenyan

Kemenyan adalah suatu bahan perantaraan yang digunakan oleh kebanyakan bomoh dalam perubatan tradisional, kebiasaannya ia dikaitkan dengan sihir dan jin. Di antara tanda-tanda dukun, bomoh dan tukang sihir yang bersahabat dengan jin dan syaitan adalah mereka menggunakan kemenyan. Dalam amalan tangkal dan azimat, azimat yang siap dijampi di asapkan dengan kemenyan dahulu. Bomoh akan memerintahkan jin suruhannya menjaga azimat tersebut dan mendampingi orang yang memakainya.

Sebenarnya, asap kemenyan adalah sejenis seruan dari bomoh untuk memanggil dan berdamping dengan jin syaitan supaya dapat memohon pertolongan darinya. Ia adalah sebesar-besar kekufuran dan sebesar-besar pintu kejahatan. Syaitan tidak melayani bomoh dan membantunya sehinggalah bomoh tersebut kufur dan patuh pada hasutannya melalui perjanjian yang termeterai. Sebagai balasan kepada jin, maka bomoh mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik seperti meminta darah ayam, pulut kuning, telur berwarna serta lain-lain (Jahid Sidek, 2004).

Sabda Nabi (s.a.w) melalui Nu’man bin Bashir r.a., dia mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Perkara halal itu jelas (terang) dan perkara haram juga jelas (terang). Dan diantaranya terdapat perkara syubhat (kesamaran) yang tidak ramai manusia mengetahuinya. Barang siapa yang menjauhi perkara syubhat, maka dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barang siapa yang terdedah (melakukan) perkara syubhat, maka dia akan terdedah kepada perkara haram, sepertimana pengembala yang mengembala gembalaannya di sekitar (dekat) kawasan larangan, dan ditakuti dia dan gembalaannya akan termasuk (juga) ke dalam kawasan larangan” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

9) Pemutus Ubat


Pemutus ubat adalah amalan yang perlu dilakukan apabila mendapat kesembuhan (nazar). Dalam perubatan Islam, hanya doa dan kesyukuran kepada Allah (s.w.t) menjadi tanda pemutus ubat bagi pesakit yang telah sembuh. Inilah yang sebenar menurut Islam, iaitu memanjatkan kesyukuran kepada Rabb al-Jalil. Antara amalan pemutus ubat khurafat yang sering ditonjolkan oleh perwat tradisional ialah melepaskan binatang seperti ayam hitam ke kawasan yang tidak dihuni dan menyembelih binatang yang bersifat tertentu. Hakikatnya, amalan itu bertujuan seumpama nazar tanda terima kasih kepada jin dan syaitan yang membantunya. Jika dilakukan, nescaya jin dan syaitan tidak akan mengganggunya kerana dia telah bersekongkol dengan orang yang melakukan syirik pada Allah (s.w.t).

Rasullullah (s.a.w) telah menerangkan kesesatan perbuatan mereka ini di dalam sabdanya. Dari ‘Amru bin Syu’aib r.a., diriwayatkan dari bapa dan datuknya, Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar kecuali kepada sesuatu yang bertujuan mendapat keredhaan Allah dan tiada sumpah di dalam perkara yang bertujuan memutuskan tali silaturrahim” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

Sabda Nabi (s.a.w) lagi dari ‘Aisyah r.a., Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar dalam berbuat maksiat kepada Allah (s.w.t)” (Riwayat Imam Nasa’I r.a.).

10) Bahan Perantaraan Perubatan

Dalam tradisi masyarakat Melayu, keris adalah bahan perantaraan yang sering digunakan dan dipertontonkan dalam rawatan alternatif. Antaranya, kita pernah mendengar istilah “keris berdiri” atau “keris menari dengan sendiri” apabila bomoh yang menggunakan keris mula mengubati pesakitnya. Dalam amalan perubatan, keris ini akan berdiri dan berjalan terapung di atas anggota badan pesakit sehingga ia hanya berhenti di tempat yang sakit. Kononnya keris dapat mencari bahagian anggota yang sakit dan bomoh akan terus menjampi bahagian yang sakit menggunakan keris tersebut. Ini merupakan satu bentuk penipuan secara terang-terangan kepada orang jahil (Hizwan, 2012).

Sebetulnya, jin dan syaitan yang menipu manusia yang jahil dengan mengerakkan keris itu sehingga dapat berdiri dengan sendirinya dan menari. Dengan itu, manusia yang melihatnya berasa kagum dan menyangka keris tersebut mempunyai kuasa sakti. Mana mungkin keris yang pegun sebegitu dapat melakukan sesuatu tanpa didorong oleh sesuatu. Ini semua adalah angkara jin syaitan yang berusaha menyesatkan manusia. Maka, orang ramai akan terjerumus dalam kesyirikan kerana mempercayai terdapat makhluk yang lebih berkuasa selain Allah (s.w.t).

Sebenarnya, jenis benda perantaraan yang digunakan ketika proses perubatan (ruqyah) adalah bersifat subjektif dan terpulang berdasarkan ( تجربه ) iaitu mengikut kepandaian dan kemahiran pengubat dan bomoh. Kaedah fiqh ada menyebutkan, “asal segala sesuatu adalah harus”. Selagi mana bahan perantaraan yang digunakan mempunyai khasiat khusus dalam perubatan dan mampu merawat pesakit, tidak mengandungi unsur haram, makhluk halus, pujaan, kuasa sakti dan boleh membawa kebaikan, maka harus berubat dengannya, digunapakai kaedah serta memberi manfaat kepada orang lain (Zaharuddin A. Rahman, 2011).

Sabda Nabi (s.a.w), “Ada seseorang bertanya pada Nabi (s.a.w): Wahai Rasullullah,
adakah engkau telah berhenti dari melakukan jampi?, Maka Rasullullah (s.a.w) pun bersabda: “Sesiapa yang mampu dari kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya, maka, lakukanlah” (Riwayat Ibnu Hibban r.a.).

11) Roh dan Tahdir al-Arwah


Roh bukanlah benda atau sesuatu yang dapat dilihat dan disaksikan dengan mata kasar, walau dengan cara yang paling canggih sekalipun. Seseorang itu tidak mampu mengetahui hal roh walau sehebat mana pun ilmunya. Allah (s.w.t) beriman dalam Al-Quran (17:85), “Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk di dalam urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan kecuali sedikit”. Apabila roh berpisah dari jasad, ia akan berada di alam yang dinamakan barzakh. Ia tidak mampu kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Roh-roh orang mukmin diberikan nikmat di alam barzakh dan roh orang kafir diazab sehingga kiamat.

Ini bermakna, paparan roh orang mati boleh kembali semula walaupun telah lama mati adalah tidak benar dan khurafat. Jika kelihatan makhluk berupa si mati, maka ulama berpendapat ia hanyalah angkara jin iblis yang menyerupai si mati. Dakwaan bahawa roh orang mati tidak boleh kembali berdasarkan irman Allah (s.w.t) (23:99-100), “Demikianlah keadaan orangorang kair itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, Dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja.Di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”.

Prof. Ahmed Azzedine Al-Bayanuny juga menyatakan: “Dakwaan orang yang mampu bertemu dengan roh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan jin dan syaitan. Ia bukannya roh sebenar”.

12) Istighathah Kepada Selain Allah


Istighathah dengan kuasa ghaib yang bertujuan untuk perubatan dan selainnya sudah lama wujud dalam budaya masyarakat Melayu. Istighathah yang dilarang adalah istighathah kepada jin dan syaitan, roh, kubur atau sihir. Hal ini tiada gunanya kerana semua makhluk adalah lemah di sisi Allah (s.w.t) dan perbuatannya termasuk dalam perbuatan syirik pada Allah (s.w.t). Istighathah sesama makhluk dengan meyakini bahawa makhluk tersebut dapat memberi kesan kepada permintaannya adalah sama seperti orang lemas meminta tolong kepada orang lemas dan banduan dengan banduan (Khadher, 2012).


Antara ucapan istighathah lain yang dilarang ialah meminta tolong dengan berkata: “Wahai jembalang air, tolonglah saya dan lepaskan saya dan mereka dari kesusahan dan penyakit ini, sembuhkanlah saya”. Istighathah kepada selain Allah (s.w.t) seperti kepada roh orang yang telah mati atau memohon kesembuhan di kuburan wali atau alim ulama’ ialah budaya syirik sedangkan orang yang mati itu sudah terputus hubungan dengan orang masih hidup.


Nabi (s.a.w) pun pernah bersabda: “Apabila mati seorang anak Adam, terputus segala amalannya kecuali tiga benda, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepadanya” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).


Imam Qurtubi pernah mengucapkan “Tidak dinafikan bahawa memohon pertolongan jin dan makhluk halus adalah satu bentuk khurafat, kemusyrikan dan kekafiran. Ini telah menyebabkan jatuh hukum syirik ke atasnya kerana meletakkan kebergantungan dan kesembuhan pada jinnya dan bukan pada Allah (s.w.t)".

Like Page Fb : Rawatan Islam Pulau Pinang
Rujukan Sekunder : http://darussyifabbst.blogspot.my
Sumber  Primier     : Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis Permasalah Metode Rawatan"

Disediakan oleh :
1. Mohd Farhan Md Arifin (Universiti Malaya)
2. Khadher Ahmad (Universiti Malaya)
3. Nor Izati Samsudin (Universiti Malaya)
4. Mohamad Zaim Isamail (Universiti Malaya)
5. Muhammad Ikhlas Rosele (Universiti Malaya)


Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan  disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Tuesday, 6 March 2018

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA:LARANGAN DALAM PENGUBATAN ISLAM

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA:
LARANGAN-LARANGAN DALAM PENGUBATAN ISLAM

Sumber rujukan    : www.muftimelaka.gov.my
Like page fb kami : 
Klik disini      -- >> Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp               : 011-10145363

                      Sekadar gambar hiasan

Perawat Pengubatan Islam adalah ditegah sama sekali daripada mengamalkan penggunaan bahan-bahan dan amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum-hukum Islam serta boleh membawa kepada syirik dan fitnah (termasuklah penggunaan terma-terma yang boleh mengelirukan masyarakat umum). Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang sebagai perawat :

(a) Sumber Ambilan dan Bacaan:

(i) Menyalahgunakan ayat Al-Quran dalam perawatan, seperti menambah, mengurang atau menterbalikkan susunan ayat AlQur’an; 
(ii) Menggunakan kitab Al-Quran dengan cara yang tidak wajar, seperti menggantung Al-Quran dan menunggunya berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu bagi sesuatu (istihza’);
(iii) Menggunakan lafaz-lafaz, perkataan atau tulisan yang kurang jelas ertinya, lucah atau tidak sahih sebutannya;
(iv) Menggunakan azimat, tangkal atau susuk, samada daripada ayat Al-Quran atau bahan lain; 
(v) Penggunaan wafak, kerana tanpa akidah yang sempurna, boleh menjerumuskan pengguna kepada syirik; atau
(vi) Mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, ilham, bisikan-bisikan dan kitab-kitab yang tidak sahih sumbernya.

    Contoh Wafak yang dilarang penggunaannya

(b) Perawat: 

(i)  Mendakwa dirinya kasyaf, dapat mengetahui dan melihat perkara-perkara ghaib; atau 
(ii) Pengijazahan hanya melalui cakera padat, buku, internet, atau apa sahaja cara tanpa berguru 

(c) Cara Merawat dan Kaedah Rawatan yang Digunakan: 

(i) Sebarang kaedah rawatan yang meragukan seperti melakukan rawatan di dalam bilik yang gelap
(ii) Menjalankan pembedahan batin yang dilakukan secara ghaib yang batil dan/atau dengan bantuan makhluk halus atau secara makrifat;
(iii) Menggunakan perantara seperti asap kemenyan, tembakau, colok dan sebagainya, serta mengamalkan perbuatan ‘menurun’ atau menyemah;
(iv) Mendakwa dapat menentukan jumlah jin atau makhluk halus yang mengganggu dan menangkap serta membuang atau memindahkan jin atau makhluk halus tersebut;
(v) Perbuatan atau kaedah yang mendatangkan keraguan atau bersifat menghina agama Islam;
(vi) Menggunakan ilmu hitam atau sihir sebagai media perawatan;
(vii) Meminta pertolongan makhluk halus dalam rawatan; atau
(viii) Perbuatan merawat premis dengan menggunakan perkara-perkara dan kaedah-kaedah yang dilarang Islam. 

(d) Bahan-bahan Rawatan:

(i) Penggunaan bahan-bahan yang najis seperti khinzir, anjing, darah, bangkai, arak dan sebagainya; (ii) Bahan yang dikaitkan dengan sihir seperti minyak dagu, minyak pengasih, minyak senyonyong, minyak cenuai, nasi tangas dan sebagainya; atau
(iii) Bahan yang dikaitkan dengan pemujaan seperti kain kapan, tanah kubur, senjata lama, tulang-belulang, rambut dan sebagainya.

Perhatian : Sebarang perkongsian di blog ini dibenarkan  disalin sepenuhnya dan disiarkan di mana-mana media(copy-paste) untuk tujuan dakwah. Tidak dibenarkan ubah suai sebarang artikel dari blog ini. Kebenaran ini dengan syarat WAJIB nyatakan sumber ambilan adalah dari blog https://rawatanislampulaupinang.blogspot.my Sebarang salinan tanpa menyatakan sumber yang diambil adalah tidak dibenarkan sama sekali.

RENDAMAN AIS DAPAT LEGAKAN MASALAH GANGGUAN JIN?

RENDAMAN AIS DAPAT LEGAKAN MASALAH GANGGUAN JIN?

Assalamualaikum. Kami tidak pasti sejauh mana keberkesanannya. Namun kami berpendapat adalah tidak menjadi kesalahan untuk berikhtiar sekiranya iktiar tersebut bebas dari unsur-unsur syirik yang menyekutukan Allah. Dan kami dapati perkongsian ini tiada unsur yang boleh mendatangkan kesyirikan. Maka kami kongsiakan untuk manfaat bersama.Selamat mencuba.

Like page fb kami  : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp                : 011-10145363
________________________________________

Sumber asal : Facebook Mohd Muzahidin Dolah

Tahukah anda amalan rendam kaki dgn Air yg di campur dgn sedikit ais dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan Dari #GangguanJin..
Terapi rendam kaki dgn air yg dicampur sedikit ais bagi org yg sukar tidur malam baik jika di amalkan..

Bagi masalah sakit kepala,Bisa sakit badan,elok amalkan rendam kaki dgn Air yg dicampur ais ini..
Sekiranya anda ada gangguan jin yg Kronik anda pasti sakit seperti menyucuk2 di kaki yg di rendam..Itu tanda yg tubuh kita ada gangguan makhluk halus..Sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda.


                                                     

Lagi baik jika di campurkan dgn daun bidara limau dan garam bukit dalam air berais itu..
Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita..
Cuba la ..
Sy setiap hari setiap pagi pasti akan rendam..
Amalkan sebelum rendam kaki baca

#Al_Fatihah7x
#AlI_khlas7x
#Dan_selawat7x

Cuba la kesan nya amat memberangsangakn..

InshaaAllah Izin Allah Kaki badan akan Rasa ringan..

Kesan Gangguan makhluk halus..
=Kaki Rasa Pijau bila di rendam kaki dalam Ais
=Lenguh kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki
Sekiranya anda ada kesan ini nasihat sy dapatkan rawatan islam berhampiran ...

Harus di ingat ini adalah Salah satu Alternatif dalam rawatan islam sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit..inshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh

#SilakanShare..
Agar bermafaat untuk kita semua Aamiin

Like page fb kami : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp              : 011-10145363

Thursday, 1 March 2018

PEJABAT MUFTI WP: PINDAH PENYAKIT GUNA TELUR DIRAGUI, SINONIM PERBOMOHAN

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN : PINDAH PENYAKIT GUNA TELUR DIRAGUI, SINONIM PERBOMOHAN.

Sumber rujukan : http://www.muftiwp.gov.my
Like fb kami       : Rawatan Islam Pulau Pinang
Whatsapp            : 011-10145363




SOALAN:

Assalammualaikum ustaz. Saya ingin bertanya soalan. Mak saya mengidap kanser payu dara. Apa hukumnya jika saya membuat perubatan cara kampung dengan mengunakan telur ayam dan sireh untuk membuang kanser tersebut. Adakah ia mengikut cara perubatan Islam atau sebaliknya. Mohan pencerahan ustaz.


JAWAPAN:


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asalnya hukum berubat adalah harus selagi mana tidak melibatkan unsur-unsur penipuan dan merosakkan akidah.

Manakala penyakit kanser itu adalah penyakit barah. Merujuk kepada Kamus Dewan Ediisi Keempat, barah atau kanser ini bererti: “ketumbuhan berbahaya pada kulit atau pada tisu di dalam tubuh yang disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak mengikut kadar yang normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen seperti bahan kimia dan virus).”

Berdasarkan makluman yang kami dapat, amalan berubat menggunakan telur dan sireh ini bukanlah suatu yang disepakati keberkesanannya.

Rawatan menggunakan telur dikaitkan dengan kaedah pemindahan penyakit yang diamalkan oleh sebahagian pengamal perubatan alternatif yang diragui keberkesanannya. Kaedah ini juga sinonim dengan amalan perbomohan Melayu.

Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa’), selaku salah satu anggota bagi Badan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tidak mengiktiraf keberkesanan kaedah ini dan tidak menjadikannya sebahagian daripada kaedah rawatan komplementari bagi penyakit kanser. Tidak diketahui jua cara ini berkesan dalam merawat kanser atau mengurangkan simptomnya dalam bentuk testimoni mahupun keterangan mana-mana tokoh yang berkepakaran dalam bidang ini bahawa perubatan telur adalah alternatif bagi kanser. Manakala rawatan menggunakan daun sirih menurut satu pendapat dikaitkan dengan fungsi boleh mengurangkan bengkak dan bersifat antitumor[1].

Jika melihat daripada sudut penggunaan telur dan sireh sahaja tidak ada masalah kerana kedua-duanya adalah termasuk daripada bahan-bahan yang halal. Namun, penjelasan daripada aspek praktikal diperlukan sama ada ia melibatkan jampi-jampi yang tidak disyarakkan dan meminta pertolongan jin. Jika terdapat unsur-unsur tersebut, maka kaedah rawatan berkenaan tidak boleh dilakukan. Jika tidak terdapat unsur berkenaan, maka ia kembali kepada hukum asal yakni berdasarkan keberkesanan. Kaedah maqasid menyatakan:

مَصَالِحُ الدُّنْيَا وَمَفَاسِدُهَا تُعْرَفُ بِالتَّجَارِبِ وَالْعَادَاتِ

Maksudnya: Maslahat-maslahat dan kerosakan-kerosakan yang melibatkan urusan keduniaan diketahui daripada tajarrub (pengalaman, eksperimen) dan adat.

Rujuk Qawaid al-Ahkam (1/13) oleh Imam Izz al-Din bin Abdussalam.

Begitu juga daripada aspek muamalat, hendaklah rawatan itu jauh daripada unsur penipuan jika ia melibatkan upah yang tinggi.

Nasihat kami kami para pesakit kanser, hendaklah mereka komited dengan rawatan-rawatan yang diiktiraf badan-badan yang berautoriti yang berdasarkan fakta dan kajian, dan juga beriltizam dengan bacaan-bacaan ruqyah yang berdasarkan diterima Syarak. Kami juga mengesyorkan agar dirujuk kepada pakar-pakar perubatan untuk maklumat yang tepat dan benar dalam menangani kanser.

Akhir kalam, kami tutup dengan keyakinan dan mengimani bahawa penyembuh hakiki adalah Allah SWT. Benarlah firman Allah:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

Maksudnya: "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.

(Surah al-Syu`ara’, 26:80)

Marilah kita berdoa:

اللَّهم أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: Ya Allah! Engkaulah Penyembuh. Tiada sembuhan melainkan sembuhan-Mu. Sembuhan yang tidak meninggalkan penderitaan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua.

Wallahua’lam.


BENARKAH AIR KOLAH MASJID MAMPU RAWAT SAKIT GANGGUAN JIN?

Ramai yang bertanya kami berkenaan persoalan benarkah air kolah masjid mampu dijadikan mandian untuk merawat masalah gangguan jin ataupun ...